WPUA

Pernahkah anda mendengar mengenai Waran Perjalanan Udara Awam (WPUA)? Untuk pengetahun
anda,

WPUA merupakan waran yang telah ditandatangani oleh Air Asia untuk memudahkan penjawat
awam membuat sebarang penerbangan dalam dan luar negara dengan kadar yang rendah untuk
sebarang urusan rasmi.

Kini, WPUA juga boleh dinikmati oleh para pelajar dari 20 universiti awam di
Malaysia. Universiti yang terlibat ialah:

1. Universiti Malaya (UM)
2. Universiti Sains Malaysia (USM)
3. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
4. Universiti Putra Malaysia (UPM)
5. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
6. Universiti Teknologi Mara (UiTM)
7. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
8. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
9. Universiti Malaysia Sabah (UMS)
10. Universiti Utara Malaysia (UUM)
11. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
12. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
13. Universiti Malaysia Pahang (UMP)
14. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
15. Universiti Malaysia Kelantan(UMK)
16. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
17. Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
18. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
19. Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
20. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Dengan WPUA, pelajar yang hendak menjalankan sebarang urusan rasmi di dalam dan luar negara
bolehlah berbuat sedemikian dengan membuat tempahan melalui pegawai yang telah dilantik atau
dikenali sebagai Pusat Tanggungjawab (PTJ) di universiti anda. Kemudian, pegawai tersebut akan
berhubung terus dengan ejen perjalanan Air Asia.
Berikut merupakan beberapa sebab anda perlu menempah penerbangan anda melalui WPUA
1. Percuma 40kg pertama bagasi bagi semua penerbangan Air Asia X (Bisnes dan Ekonomi)

Air Asia mempunyai pelbagai peruntukan bagasi berdaftar untuk anda sebelum membuat pra-
tempah dan anda boleh membuat pra-tempah di BIG Member Account atau sehingga 4 jam

sebelum penerbangan atau semasa anda mendaftar masuk di laman web.
2. Percuma 20kg peralatan sukan bagi penerbangan Air Asia dan Air Asia X
Untuk pengetahuan anda, peralatan sukan boleh didaftar masuk dan boleh di pra-tempah
secara diskaun di dalam talian atau dengan kadar standard di kaunter masuk di lapangan
terbang. Berat peralatan sukan yang didaftar masuk mestilah tidak melebihi 32kg. Berikut
merupakan peralatan sukan yang boleh didaftar masuk
a. golf
b. papan luncur
c. peralatan selam
d. basikal
e. ski/papan luncur salji
f. kriket

Top