You are here
Home > TEMPAT > ANTARABANGSA > Wanita Pertama Yang Menglilingi Dunia Mendedahkan 10 Negara Kegemarannya

Wanita Pertama Yang Menglilingi Dunia Mendedahkan 10 Negara Kegemarannya

Follow FB page kami : Travelsiamy

Cassanda De Pecol telah memecahkan rekod dunia Guinness dengan menjadi:

1. Wanita Amerika yang pertama mendokumentasikan perjalanannya ke seluruh negara di dunia.
2. Wanita Amerika yang pertama melancong ke seluruh negara di dunia.
3. Wanita Amerika yang termuda (27 tahun) yang melancong ke seluruh negara di dunia.
4. Manusia terpantas yang melancong ke seluruh negara di dunia.

Untuk pengetahuan anda, terdapat 196 buah negara di dunia.

Perjalanan Cassie bermula pada Julai 2015 semasa Cassie berusia 23 tahun di Palau yang terletak di Kepulauan Pasifik. Perjalanan Cassie telah mengambil masa selama 18 bulan dan 26 hari-separuh dari masa yang diambil dari penerima rekod Guinness yang sebelumnya.

Hampir keseluruhan kos perjalanan Cassie yang dipanggil Expedition196 telah ditaja dan berasaskan percutian yang beretika dan eco-friendly.

Pastinya kita sudah penat mendengar pendapat-pendapat pakar, namun di sini De Pecol akan berkongsi 10 negara yang paling menarik untuk dilawati

Baca dan komenPelayaran Di Kota Malta dan berpeluang memenangi cenderahati dari Malta , Eropah

10. USA

“Musim luruh di New England merupakan pengalaman yang harus dimiliki semua. Home is where the heart is dan semakin banyak tempat saya lawati, saya semakin bersetuju dengan kata-kata ini. Negara yang saya cintai pastilah dimana keluarga saya berada. Ianya juga negara yang saya berasa selamat dan saya kenali dan yang paling penting, negara saya kaya dengan keindahan alam semula jadi.”

9. Costa Rica, Amerika Tengah

“Haiwan-haiwan, buah-buahan yang segar, music dan gunung berapi…apalagi yang perlu saya katakan?”

8. Peru, Amerika Selatan

“Hutan hujan Amazon dan Aguas Calientes yang merupakan pintu masuk ke Machu Picchu.”

De Pecol juga telah meluangkan masa tinggal di Peru untuk seketika.

7. Tunisia, Afrika Utara

“Untuk pelancong yang ingin menikmati budaya Afrika dengan pengaruh Timur Tengah beserta kaya dengan peninggalan arkeologi”

Menurut De Pecol, bandar Sidi Bou Said yang terletak 20km dari ibu negara Tunisia iaitu Tunis “amat mengagumkan”.

6. Oman, Semenanjung Arab

“Bagi menikmati pengalaman yang berbeza, pelancong perlulah menghayati keindahan gunung-ganang dan kawasan padang pasir sambil mempelajari cara hidup penduduk yang tinggal di kawasan pergunungan.”

Baca dan komenPelayaran Di Kota Malta dan berpeluang memenangi cenderahati dari Malta , Eropah

5. Pakistan

“Bagi pelancong yang ingin menikmati keaslian budaya negara-negara Asia dan pelbagai jenis hidangan makanan”

De Pecol amat tertarik dengan Pakistan kerana beliau telah menghabiskan masa selama 4 bulan di sana sementara menunggu kelulusan visanya.

4. Vanuatu, Pasifik Selatan

“Bagi pelancong yang ingin mempelajari cara pembuatan Kava dan bertemu dengan penduduk-penduduknya yang amat baik hati”

3. Maldives

“Untuk melihat sendiri air laut yang membiru, pasir yang memutih dan kawasan tebing berpasir yang terindah.”

2. Bhutan

“Untuk mempelajari cara hidup yang aman dan tenteram”
“Melawat Paro Taktsang merupakan sesuatu yang bersifat spiritual, dengan awan-awan yang berarak rendah, dan tebing-tebing curam yang mengerikan, prayer flags (yang melambangkan keamanan, dan kekuatan) yang bergantungan, prayer wheels (kincir roda yang berbentuk silinder diperbuat daripada besi, kayu dan kulit) yang berputar-putar di udara dan tsa-tsas (abu-abu mayat) yang diletakkan di celahan batu.”

1. Mongolia

“Bagi merasai sendiri padang-padang gurun yang terpencil dan menaiki kuda-kuda liar”.

Baca dan komenPelayaran Di Kota Malta dan berpeluang memenangi cenderahati dari Malta , Eropah

Follow FB Page kami TravelsiaMY

One thought on “Wanita Pertama Yang Menglilingi Dunia Mendedahkan 10 Negara Kegemarannya

Leave a Reply

Top