Trip Bangkok Menaiki train, Bajet RM500

Disumbang : Khairul Azuan

🚄 KTM

▶️ IPOH – Padang Besar
🔘 Tiket ETS GOLD pergi RM50
▶️ Padang Besar – IPOH
🔘Tiket ETS GOLD balik RM50
🔘3jam 10min
📌 Tiket Pergi dan Balik RM100

🚂 SRT

▶️ Padang Besar – Bangkok
🔘 Tiket SRT pergi 960Bath
▶️ Bangkok – Padang Besar
🔘 Tiket SRT balik 960Bath
🔘 Tiket 960BATH = RM121.66 (Lower Bed)
📌 Tiket Pergi dan Balik RM243.22

🏬 Hotel

📍Big Orange Localstay@Siam (Ratchathewi)
🔘200m berhampiran Masjid Darul Aman
🔘1.4km ke Pratunam Market
🔘Banyak kedai makan halal
🔘Hotel macam apartment koboi, takda reception kunci pun ambik kat tokey kedai runcit sebelah 😂 saje nak duduk sini dgn suasana kejiranan thai
📌 890Bath = RM112.79 3hari 2malam

📶 Simkad

🔘Dtac 4g (Unlimited 1week)
🔘Beli dekat pekan Padang Besar (Thai)
📌 130Bath = RM16.47

Pakej Murah Bangkok 2018

12/9 :-

Ipoh – Padang Besar
▪️ Naik train ETS pukul 12:45pm
▪️ Tiba P.Besar pukul 3:55pm
▪️ Naik train SRT pukul 5:00pm(thai time)
▪️ Sampai Hua Lamphong Bangkok hari esok 12:00pm (19jam train delay)

13/9 :-

▪️Dari Hua Lamphong Station naik BTS (underground train) ke Sukhumvit Station 📌28Bath
▪️Turun Sukhumvit Station tukar line ke Asok Station (sky train)
▪️Dari Asok Station ke Ratchathewi 📌33Bath
▪️Walk in 300m ke Big Orange Localstay Siam
▪️Petang keluar naik BTS dari Ratchathewi Station ke Asok Station
▪️ Turun Asok Station tukar line ke Sukhumvit Station
▪️ Dari Sukhumvit Station ke Thailand Cultural Centre
▪️ Exit station boleh jalan dalam 300m ke Train Night Market Ratchada
▪️ Market ni buka dari pukul 5pm-1am setiap hari
▪️ Malam balik hotel
📌 Spare duit lebih datang sini 😅

14/9:-

▪️Pagi keluar jalan kaki ke Pratunam Market dalam 800m dari hotel
▪️Pratunam buka seawal 8am-6pm
▪️Banyak barang perempuan, semuanya murah dan kebanyakan kedai jual harga untuk borong. Beli 1 harga lain 3 harga lain
📌 Yang ni bawak isteri kena tebal poket 😂
▪️Tengahari singgah solat jumaat di Masjid Darul Aman 200m dari hotel
▪️Makan tengahari di Farida Fatornee. Harga berpatutan, tempat makan selesa, sedap, owner pun ramah. Berbaloi makan sini.
▪️Petang keluar naik BTS Ratchathewi Station ke Asok Station 📌33Bath
▪️Turun Asok Station tukar line ke Sukhumvit Station
▪️Naik dari Sukhumvit Station ke Chatuchak Park Station 📌35Bath
▪️Turun Chatuchak Park Station jalan kaki 200m ke Jatujak Green Night Market *tapi hampa permanently close. Business close 😂 Balik hotel dengan hampa.

15/9

▪️Pagi keluar ke Chatuchak Weekend Market
▪️Naik BTS Ratchathewi Station ke Asok Station 📌33Bath
▪️Turun Asok Station tukar line ke Sukhumvit Station
▪️Naik dari Sukhumvit Station ke Chatuchak Park Station 📌35Bath
▪️Turun Chatuchak Park Station jalan kaki 300m ke Chatuchak Weekend Market
▪️Chatuchak Weekend Market ni buka seawal 9am-6pm
▪️Dikatakan ada 15,000 kedai di pasar ni.
📌 Barang baru, bundle, antik, foodcourt segalanya ada
📌 Sini kalau boleh bawak sekali geran tanah nak shopping sini 🤣 *rambang mata
▪️Tengahari balik dari Chatuchak Park Station ke Sukhumvit Station 📌35Bath
▪️Turun Sukhumvit Station tukar line ke Asok Station
▪️Dari Asok Station ke Ratchathewi Station 📌35bath
▪️Packing barang balik
▪️Naik dari BTS Ratchathewi Station ke Asok Station 📌33Bath
▪️Turun Asok Station tukar line ke Sukhumvit Station
▪️Dari Sukhumvit Station ke Hua Lamphong
▪️Train Bangkok-Padang Besar 3:10pm
▪️Tiket balik beli time pergi haritu

Tiket terbang murah ke Bangkok dari Kuala Lumpur

Departure date Return date Stops Airlines Find Ticket

17.02.2019

22.02.2019

Direct

Tickets from 309

13.02.2019

14.02.2019

1 stop

Tickets from 412

10.06.2019

15.06.2019

2 stops

Tickets from 1 396

📍🇨🇷

📝 Harga tiket train SRT untuk katil bawah, katil atas murah sikit untuk yang nak bangun tidur sambil tengok view luar ambil katil bawah.
📝 Boleh refer tiket https://travelsiamy.12go.asia/en
📝 Train dari Padang Besar ke Bangkok sekali sehari sahaja pukul 5:00pm sampai 11:00am esok (thai time)
📝 Train dari Bangkok ke Padang Besar sekali sehari sahaja pukul 3:10pm sampai 9:00am esok (thai time)
📝 Untuk yang terlepas cop pasport di imigresen station Padang Besar imigresen sebab imigresen dah tutup boleh naik grab bike dari station Padang Besar cop di border Padang Besar n naik train dari Station Padang Besar Thai
📝 Bawa makanan dari luar boleh pun boleh, dalam train ada staff kantin akan round yg offer menu makanan *nasi krapao sedap 😅
📝 Seeloknya di Bangkok stay muslim area or dekat dgn masjid banyak kedai makanan halal
📝 Area Ratchathewi banyak hostel semurah rm20 semalam sesuai pegi dgn group, saya duduk macam apartment lama nak feeling kejiranan thai tu macam mana real life dorang
📝 List kan dulu tempat yang nak tuju sebab senang naik bts&mrt n murah dari naik tuktuk kena ketukk duit
📝 Boleh install app “City Rail Map” boleh guna offline utk memudahkan lagi
📝 Boleh guna juga app “maps.me” boleh guna offline tapi kena download dulu daerah mana yg korang nak pergi tu
📝 Untuk kaki shopping jangan terlepas peluang pergi pratunam market, train night market ratchada, chatuchak weekend market, rod fai market

Sekian untuk itinerary kali ni 😂 gambar sendiri tak banyak sebab pakai tripod je sadiss. 1st time pergi n pergi solo main redah je. Memang tak list mana2 mall, sebab Bangkok ni famous dengan night market dorang yang super duper bikin kebas kaki. Jangan risoo masatttt ada bang masattttt

Leave a Reply

Top