You are here
Home > Editor Picks > Travel Bajet Pulau Kapas 5h4m ( Rm270 )

Travel Bajet Pulau Kapas 5h4m ( Rm270 )

Bajet ke pulau kapas (tbs – pulau kapas – putrajaya). Untuk siapa yang poket kempis tapi teringin nak lari dari dari kesibukan yg korang selalu hadap tu, ni nak kongsi bajet ciput ke Pulaua Kapas minggu lepas.

Duit yang aku bawak untuk trip ni bermula dari rumah dalam RM 270. Alhamdulillah dapat bertahan kat Pulau Kapas dalam 5hari 4malam. Makanan yg bawak dari rumah maggi kari 1pack,maggi laksa 1pack, peanut butter chocolate dgn air mineral beso 2botol dok dlm begpek.

Pastikan korang bawak la mangkuk or tupperware yg muat masok megi. Senang sikit nak rendam maggi tu. .

23/8 /17

Bas ekpress mutiara tbs – kuala tganu RM 44.30

Mineral water RM 3.00
Clorets RM 2.80
Wantan n apam balik kat gerai luar tbs RM 5.00 (utk lunch+dinner)
Total = RM 55.10
24/8 /17
[hentian cherating]
Toilet RM 0.30
Burger daging RM 3.00 (terpakse beli gak bab perot bunyik2)
[hentian bas mpkt]
Toilet RM 0.30
Roti gardenia xl 7e RM 3.55 (untuk srpan sepanjang kt pulau)
Mineral water sprittzer kecik RM 1.90
Mineral water sprittzer beso RM 3.00 ( tmbh bekal tok kt pulau)
Sarapan pagi nsik lemak + neslo ais RM 5.50
Bas lompat ke marang RM 2.50

Tips

Untuk mengelakkan driver teksi cekik duit korang, korang boleh tunggu bas lompat dekat hentian bas MBKT. Pastikan korang naik bas pergi Dungun. Tambang dia cam kat atas RM 2.50. Kalau korang macam tak pasti je nak turun mane bile dah sampai Marang tu, korang pesan la awal2 dekat driver bas or yg jual tiket tu mintak benti kat jeti pulau kapas.

Bas paling awal bertolak pergi marang/dungun pukul 8pagi. Tapi kalau korang macam excited sgt nak pegi pulau sampai tak mampu nak tunggu bas lompat, boleh je serahkan duit korang kat pakcik teksi tu kan. Pastu dah sampai jeti bertabah la tunggu bot paling awal pukul 8pgi pergi pulau kan.

Tiket bot return RM 40.00

Pulau Kapas

Masa ni dah tak keluar duit dah. Aku menginap kat longsha campsite. Kat sini boleh duduk dulu, nak balik nanti baru bayar. Masa aku datang ni main redah je tak call dulu, nasib la ade khemah yang kosong. Sebaiknya call la brother tu dulu kalau nak duduk sini. Takut takda khemah je nanti.

Untuk lunch + dinner = maggi 2bungkus. Pasal air panas korang tak perlu risau sebab situ ada dapur. Jerang je air kat situ. Periuk kuali semua ada disini.

Total = RM 60.05

25/8/17

Untuk sarapan aku makan roti calit dengan coklat mntegakacang. Untuk lunch + dinner aku makan maggi 2 bungkus. Tu pon makan pukul 6ptg.

Total = RM 0.00

26/8/17

Sarapan roti gardenia skeping + megi sebungkus

Lunch + dinner = maggi
Air mineral Alla Fonte RM 4.00 (kedai sebelah jeti)

Total : RM 4.00

27/8/17

Sarapan roti gardenia 3keping
Lunch + dinner = megi
Drinking water RM 3.00 (terpaksabeli kat longsha je bab bile aku pegi kedai sbelah jeti tutop. 3kali pegi, 3kali tu jugak tutop)

Total = RM 3.00

28/8/17

Pulau kapas

Sarapan roti gardenia
Khemah 4malam RM 60.00
(sekepala 1malam RM 15.00/longsha campsite)

Jeti marang

Bas lompat ke hentian bas mpkt RM 2.50

Tips

Bus stop Marang jauh sikit dari jeti. Dah sampai jalan besar yang nampak replika sotong besar dekat tengah jalan tu, korang belok kiri n jalan je sampai nampak bus stop.

Kuala Terengganu

Tips

Tidak digalakkan naik bas transnasional kalau perjalanan malam sebab ape, sebab macam yang aku kena seat dia mampu turun sikit je bile nak tidur . Tak selesa

Lunch nasi ayam + tea o ais RM 06.50
Dinner donat gebu gebas 2ketol RM 01.00

Total RM 122.90

29/8/17

Hentian CheratinG
Mineral water RM 01.50
Burger daging RM 03.00 ( beli sebab perot mintak diisi)
Total RM 4.50
Total semua perbelanjaan selama 7hari = RM 249.55

Tips

– kepada yang jenis sehari tak jumpa nasik tak boleh hidup tu, bawak la duit banyak skit sebab seperti semua sedia maklum makanan kat pulau mahal. Paling murah nasi goreng dalam rm 11 ringgit.

– untuk snorkeling , baik sewa goggle je dalam Rm 10/bape jam yang die kasi.biasa dalam 2 3 jam. Bagi yang jenis tak reti berenang, amik skali le life jacket. Kalo duduk kat longsha campsite, dengan berbekalkan RM 15, akan dapat goggle n life jacket dan tempoh masa sewa adalah sampai pukul 7ptg. Kalau nak snorkeling tu, baik ambil pagi.

– sebaik2nya beli la air mineral dari darat dengan banyaknye. Ada sesetengah tempat yg jual drinking water kat pulau tu harga die sampai RM 5 sebotol.

– untuk nak pergi panjat Bukit Singa lak, pada siapa yang pertama kali nak pegi panjat, kt instagram aku ada terangkan jalan dia kat gamba bukit singa.

Ig penulis : nowarsharryf

Hubungipenulis: https://web.facebook.com/seoranglagi

3 thoughts on “Travel Bajet Pulau Kapas 5h4m ( Rm270 )

  1. First off I would like to say wonderful blog! I had a quick question which I’d like to ask
    if you don’t mind. I was interested to find out how you center yourself and
    clear your head before writing. I’ve had trouble
    clearing my mind in getting my thoughts out. I truly do take pleasure in writing but it just seems like the first 10
    to 15 minutes are usually lost simply just trying to figure out how to begin. Any suggestions or hints?
    Appreciate it!

Leave a Reply

Top