Tips semasa trip ke Seoul Korea Selatan tanpa Tour Guide

Semua tahu akan kepentingan untuk kita bersedia dan belajar tentang sesuatu tempat sebelum kita pergi ke sana, makanya untuk memudahkan trip jalan jalan Korea Selatan korang kami menyenaraikan tips dan maklumat ketika anda berada disana nanti.

Baca juga : Itinerari Korea Selatan

  • Nak masuk ke Korea Selatan ni kau tak perlu apply Visa
  • Nak jimat kau bawak lah bekal makanan sikit dari Malaysia, makanan segera lah macam Brahim ( Incase Hotel kau jauh dari Kedai makanan halal ) ke jangan lah kau bawak budu dengan kambing bakar pulak dari Malaysia



Booking.com

  • Antara makanan yang aku beli kat tesco macam biasalah brahim’s, bubur knor, Maggie(wajib), ikan bilis mak aku, dan kicap manis botol kecik yang superb (dapat dari orang kahwin)
  • Flight duration ke sana dalam 6 jam dan lagi best kalau amik flight malam sebab boleh tidur je takdela rasa lama sangat ye dok. Paling penting bawak pen ( nak isi arrival pass ), aku dah ingat nak bawak tapi lupa hadoi dah menggagau mencari pen hahahaha
  • Oh ya, kami pergi musim bunga. cuaca time tu takdelah sejuk menggigil, nyaman nyaman je dalam 10c – 14c. Kadang kadang keluar dari guesthouse dah start panas tapi jangan ingat panas berpanjangan tau. Kesimpulan dia bawak lah jacket or baju tebal siap siap dari Malaysia
  • Untuk subway kat sana korang boleh download apps subway korea. Memang senang tak payah susah susah nak print out maps subway dengan bawak kehulu kehilir ala ala Indiana Jones. Pastu bawak lah power bank or charge phone korang siap siap.
  • Wifi dekat sana tak payah risau sebab merata rata ada wifi free. Serious aku takde beli apa apa simcard atau wifi. Kalau korang beli jugak rujuk sini
  • Sampai je Incheon airport, korang boleh pergi mart untuk beli t-money and topup sekali berapa yang korang rasa cukup untuk perjalanan korang. Macam aku topup 25k won ja tapi lepastu tak cukup topup kat machine di subway station sana.

    Tiket Murah Korea Selatan

    Departure date Return date Stops Airlines Find Ticket

    20.05.2019

    26.05.2019

    Direct

    Tickets from 829

    20.05.2019

    26.05.2019

    1 stop

    Tickets from 1 018

    30.10.2018

    02.11.2018

    2 stops

    Tickets from 1 667

    • Toilet sana memang takda paip jadinya jangan lupa bawak botol kosong untuk isi air untuk kegunaan pelaburan dalam toilet nanti. Terkentut sikit pun satu tempat boleh dengar tu tak caya cuba buat.
    • Berita baik untuk yang tak boleh hidup tanpa nasi macam aku ni. Dekat korea ada jual paket nasi yang memang sedap walau dimakan begitu saja. Boleh dapatkan kat 7e takpun mart biasa biasa. Paket ni boleh jumpa daalam dua jenis size, satu bulat dan satu lagi petak sikit macam dalam gambar. Kalau yang kecik murah sikit, tak silap dalam 1.2k won. Bila lagi nak try Makanan Korea kan ?
    • Travel adapter bawak tau sebab kat sana lain plug nya.
    • Waktu solat pulak Subuh dia lagi awal dari waktu Malaysia so kau download app muslim pro untuk remind and kejut kau waktu solat.
    • Halal food paling banyak kat itaewon, pergi sana untuk dapatkan makanan halal, citarasa orang melayu pun ada.
    • Pakai kasut yang selesa sebab jalan kat sana banyak berbukit. Kasut sangat memainkan peranan. Pakai lah sport shoes senang tapi jangan kau pergi pakai kasut berlari yang spike tajam tu pulak.
    • Escalator sana terbalik dengan kita tau. Kita kalau malas nak jalan berdiri belah kiri. Kalau sana belah kanan tau.
    •  Dan jangan lupa ambik insuran travel sebelum kesana yaa tak sampai RM30 pun untuk jaminan dan keselamatan kau kat sana. Untuk survey travel insurance Malaysia yang terbaik kau klik SINI.Itu sahaja tips tips di Seoul, Korea Selatan. Kalau korang ada lagi tips yang lain boleh tambah di ruangan komen.

    Catatan dan Itinerari trip Korea Selatan Tanpa Tour Guide ( Secara Backpacker )

    Artikel ini disumbang oleh @frhn7_

Top