Tips dan panduan travel ke Yangon, Bagan Myanmar tanpa tour guide

Sumbangan : Hadijah Zain

Untuk pengetahuan semua keadaan disana selamat dan orang orangnya amat baik dan suka membantu orang lain dan saya tiada masalah keselamatan ketika solo travel disana.

🚍PENGANKUTAN🚍
Kerajaan Myanmar baru melancarkan shuttle bas dari airport terminal 1 ke Downtown pada bulan Julai yg lalu , Nama bas ialah Omnni Focus bus, keluar dari gate No 3 dan tunggu bus di bus station yang terdapat di situ, bas ini juga pergi kebeberapa lokasi , seperti Sule Pagoda & Shwedagon , (rujuk Gambar) waktu operasi bermula jam 4pagi-10Mlm tambang 500kyt/RM1.30 Ke setiap Destinasi .
Jika anda Bercadang ingin menaiki train Goktiek Viaduct , Boleh beli tiket train di Mandalay train Station , kaunter Tiket Buka seawal jam 3pagi , dan beli tiket ke Nyang Peng , Train akn Bergerak pd jam 4pagi.

YANGON: Menggunkan public transport
BAGAN: Sewa Ebike 5000kyt/RM16
Inle lake :Saya ambil Tour pakej 5000kyt/RM16 dan sewa basikal 1000kyt.

🛌PENGINAPAN🛌
-Yangon, Saya memilih untuk tinggal di Hostel berhampiran Sule pagoda ini kerana tempat Menarik, Bas station dan train station boleh diakses dengan berjalan kaki atau naik bas awam
-Bagan, Saya memilih Hostel di Nyang yu , bukan old bagan mahupun new bagan.. Kerana Ianya berhampiran dgn Restoran halal, Dan berhampiran dengan bagan Tample dan sunset view point
-Inle lake, saya memilih tinggal di Bright Hotel, kerana jarak dgn jeti 5 minit berjalan

🍜MAKANAN HALAL🍜
Tidak begitu sukar mendapatkan makanan halal
-Yangon, banyak makanan halal boleh di dapati di Junction Market
-Bagan, Terdapat satu sahaja halal Restoran di sana iaitu Restoran AROMA 2, (Indian Food)
-Inle Lake, Cuma terdapat satu sahaja restoran halal di sana iaitu Domamali , Owner Org islam mamali .

KOMUNIKASI
Tiada masalah komunikasi disana, kerana rata rata pandai English dan ada di antara Mereka yang pandai Berbahasa Melayu, jika ada masalah komunikasi, guna kan google translate, dan saya pernah menjerit didalam bas tanya kepada penumpang ada tak diantara mereka yang pandai English untuk menerangkan kepada pemandu bas.

PERBELANJAAN
Memandangkn semua tiket bas saya sudah beli secara online , kecuali dari Bagan ke Mandalay , saya hanya menukar 100usd kepada Kyt sbg duit poket saya disana . Ini bagi menampung kos utk membayar, Entertaimen fees, Makan, local transport dan hostel . Jika anda bercadang nk Shopping 150usd dah cukup.

MONEY CHANGER
Ringgit di terima Di money Changer, jd tak perlu menukar RM>USD >Kyat . Boleh terus tukar di money changer yg terdapat di Yangon Airport.

Leave a Reply

Top