You are here
Home > MALAYSIA > Tanah Esok

Tanah Esok

Tanah Esok atau nama yang lebih komersial versi omputihnya Tomorrowland adalah sebuah festival muzik terbesar yang menonjolkan genre EDM. Bagi sapa yang tak tahu apa itu genre EDM, itu adalah genre yang muziknya bunyi untch untch dub dub, zed zed tototototototo dub bub dub bub dimainkan rancak dengan volume yang paling kuat.

Tomorrowland selalunya menampilkan DJ-DJ terhebat dunia seperti Dimitri Vegas, David Guetta, Afrojack, A Ramlie, Ahmad Jais dan ramai lagi. Apa? Ahmad Jais bukan main genre EDM? Itulah kau tak tau, zaman atuk-atuk kau dulu, dia la pelopor EDM tempatan. (Mungkin yang hujung-hujung ni aku dah start menipu)

Ok, cukuplah dengan penipuan ini.

Daya tarikan Tomorrowland ni bermula dengan tempat ia dilangsungkan iaitu Boom, Belgium. Acara yang memang gempak dan hebat ni memang sesuai dengan nama tempat tu sendiri, Boom! Selain itu, Tomorrowland adalah antara festival yang paling mendapat sambutan.

Untuk rekod, kebanyakan tiket (ada banyak jenis tiket ya) Tomorrowland 2013 habis dijual hanya dalam masa satu saat sahaja! GILA! Selain itu, Tomorrowland juga pernah dinobatkan sebagai “Acara Muzik Terbaik” semasa anugerah ke-27 Annual International Dance Music Awards.

Benda yang lebih mengujakan tentang Tomorrowland pastilah Church of Love. Church of Love adalah tempat khas yang disediakan di Tomorrowland untuk pasangan yang telah lama bercinta, pasangan yang baru bercinta, atau pasangan yang baru berjumpa dan berkenalan di Tomorrowland. Pasangan-pasangan ini boleh mengunjungi Church of Love untuk get busy, get it on, get some, fool around, get down, put the P in the V, quickie, bury the bone, get a piece, go all the way, sink the sausage, thread a needle, feed the kitty or whatever term yang kau pakai sebagai bahasa kod untuk bersenggama dengan kekasih.

Dalam Church of Love ni siap ada katil, stok kondom dan tisu (untuk tujuan pembersihan). Dan masa anda tengah sibuk tu, akan ada ‘biarawati’ yang bertindak menjadi pengawal di luar. Cool! Ada guard boleh elak kena serbuan! Kahkahkah

Namun untuk pengetahuan anda semua, tiket untuk Tomorrowland 2017 telah habis dijual. Festival ini menyaksikan kehadiran seramai lebih dari 180 000 orang pada tahun lepas dan dijangka akan lebih meriah lagi tahun ini. Tomorrowland 2017 akan berlangsung pada bulan July 2017 di Boom, Belgium sama seperti tahun-tahun yang lepas. Tahun ini ia dijangka akan berlangsung pada dua hujung minggu iaitu pada 21,22, 23 Julai dan 28,29,30 Julai.

Antara artis yang telah disenaraikan untuk turut serta membarisi Tomorrowland 2017 adalah Marshmello, Steve Aoki, Tiësto, Paul Van Dyk, Martin Solveig, Armin van Buuren, Dimitri Vegas & Like Mike, Martin Garrix, Afrojack, Vini Vici dan ramai lagi nama-nama besar dunia EDM.

Jadi, ayuhlah berjoget dan bergonggjeng sepuasnya di Tomorrowland 2017 nanti!

InjangNation
Sehari selembar benang lama-lama menjadi Injang. Yang kurik itu kendi yang merah itu saga, yang haram itu Injang.

Leave a Reply

Top