You are here
Home > TERBARU > Songkran: Bukan sekadar pesta basah

Songkran: Bukan sekadar pesta basah

Mengikut kalendar Barat, sambutan tahun baru biasanya diadakan pada malam 31 Disember setiap tahun bagi meraikan tahun baru yang jatuh pada 1 Januari. Namun ianya berbeza bagi Thailand yang menyambut tahun baru mereka pada pertengahan April setiap tahun menerusi sebuah pesta penuh meriah dan gilang-gemilang, lebih dikenali sebagai, pesta Songkran.

Suatu masa dahulu, pesta Songkran hanyalah melibatkan perbuatan merenjis air wangi sesama sendiri sambil mengucapkan dan mendoakan keberkatan tahun baru. Selain itu ia juga melibatkan upacara meminta restu dan kemaafan dari ahli keluarga yang lebih tua.

FOLLOW FBPAGE TravelsiaMY

Songkran yang kita kenali pada hari ini ternyata amat berbeza dengan tradisi asalnya. Dengan senapang dan pistol air berwarna-warni, pakaian ala ‘Hawaii’, gadis-gadis berpakaian seksi, hiburan, keseronokan dan pesta air besar-besaran secara keseluruhannya.


Sumber festival

Hari ini, pesta Songkran di Chiangmai secara umumnya akan berlangsung selama tiga hari. Namun di kawasan-kawasan luar bandar, dilaporkan bahawa pesta ini mungkin berlangsung dan berlarutan sehingga dua minggu. Jadi sebagai pelancong, jangan pelik jika anda tiba-tiba ‘diserang’ apabila berkunjung ke kawasan luar bandar walaupun sambutan di bahagian bandar telah berakhir.

Berikut adalah beberapa informasi berkaitan Songkran:

  1. Ianya adalah salah sebuah festival sambutan tahun baru yang paling unik di dunia dan disambut oleh bukan sahaja rakyat tempatan, malah pelancong asing juga. Puluhan ribu pengunjung akan bertandang ke Thailand pada pertengahan April setiap tahun hanya untuk menyertai festival penuh keseronokan ini.
  2. Untuk tiga hari berturut-turut, seluruh kawasan sambutan akan dibasahi dan dibanjiri dengan air dan juga pengunjung serta penduduk tempatan yang akan menyimbah, membaling dan mencurahkan air kepada sesama sendiri tanpa rasa belas dan kasihan.
  3. Beberapa minggu sebelum sambutan, senapang air, pistol air dan pakaian bersesuaian dengan sambutan akan mula dijual. Penduduk tempatan juga akan bersedia dengan tong-tong dan baldi yang akan digunakan untuk mengisi dan menyimbah air.
  4. Ketika sambutan, anda akan melihat kemunculan trak-trak dilengkapi tangki air yang akan meronda untuk mengisi semula ‘peluru’ dan ada juga yang turut sama ‘menembak’ peserta-peserta festival. Selain air, ketulan ais juga dibekalkan untuk membekalkan ‘tembakan’ sejuk yang menjadikan pesta ini lebih haru-biru (in a good way, of course).
  5. (Photo by Piti A Sahakorn/LightRocket via Getty Images)
  6. Semua orang dinasihatkan untuk berseronok dan bermain secara adil dan bertimbang-rasa. Basah adalah perkara wajib, jadi jangan harap untuk menjadi yang terkecuali. Pelancong yang tidak berhasrat untuk dibasahi, dinasihatkan untuk menyorok dan berlindung di dalam tempat penginapan masing-masing.
  7. Songkran bukan sekadar melibatkan air, tetapi ia juga melibatkan serbuk dan pes berwarna-warni yang akan dipalit dan dicalit kepada peserta terutamanya di bahagian muka. Jangan risau, bahan untuk menghasilkan pes ini selalunya berasal dari bedak talkum berwarna. Ianya dianggap perkara yang bagus dan petanda keberkatan jika muka anda dipalitkan dengan bahan-bahan ini.
  8. Terdapat segelintir penduduk tempatan yang agak ‘nakal’ akan mencampurkan sedikit ‘Tiger Balm’ dalam campuran pes berwarna mereka yang akan menyebabkan kulit anda terasa sedikit pedih dan nyaman namun selalunya, ia tidak berbahaya.
  9. Namun, terdapat pantang larang dalam pesta air Songkran ini. Anda tidak harus dan jangan sesekali mencurah, menembak atau menyimbah air ke arah Sami Buddha, Pegawai Polis dan mana-mana pihak berkuasa, bayi, kanak-kanak kecil dan orang tua.
  10. Dalam keghairahan dan kegembiraan memnyambut Songkran, jangan dilupa juga makna sebenar di sebalik sambutan ini. Songkran adalah tempoh untuk rakyat  Thailand ‘membersihkan diri’ mereka secara simbolik dan bersedia untuk tahun  baru yang lebih berkat.
  11. Bagi kebanyakan rakyat tempatan, Songkran adalah masa untuk pulang ke kampung halaman dan meluangkan masa bersama keluarga.
  12. BACA JUGA KEMBARA KE KAMPUNG ATAS AWAN Kembara Mencari Negeri Atas Awan

  13. Di kawasan kediaman, ahli keluarga akan bersama-sama berganding bahu membersihkan kawasan rumah agar bebas dari segala kotoran kerana kotoran dipercayai akan membawa nasib malang.
  14. Di kebanyakan bandar di sekitar Thailand, akan terdapat perarakan-perarakan penuh warna-warni dan pertandingan ratu cantik lengkap berpakaian tradisional untuk dinobatkan sebagai ‘Miss Songkran’
  15. Di kawasan selatan Thailand, penduduk setempat meraikan Songkran berlandaskan tiga peraturan utama, di mana mereka tidak perlu bekerja dan berbelanja , dilarang dari menyakiti mana-mana individu lain ataupun                   binatang dan mereka tidak boleh menipu.
  16. Di kawasan utara, tembakan dan mercun akan dilepaskan ke udara bagi menghalau nasib malang. Penduduk setempat akan mengumpul makanan dan barang-barang runcit untuk diberikan kepada sami-sami Buddha.
  17. Dalam bergembira, anda juga diingatkan untuk mengelakkan sebarang perlakuan yang boleh menyebabkan kemalangan. Memandu kereta atau menunggang motosikal ketika mabuk adalah punca utama kemalangan                 sewaktu Songkran. Oleh itu berhati-hatilah dan berSongkranlah dengan bertanggungjawab.
  18. FOLLOW FBPAGE TravelsiaMY

    BACA JUGA : LELAKI INI MENEMUI PERMANDANGAN YANG MENAKJUBKAN DI VIETNAM Kayangan Vietnam


    sumber : Terra Thailand

  19. Sambutan Songkran di Bangkok pada tahun ini mungkin akan sedikit berbeza memandangkan rakyat negara itu masih berkabung di atas pemergian Raja mereka yang terdahulu. Sebarang bentuk hiburan akan dihentikan dan tidak dibenarkan untuk tahun ini. Namun sambutan berciri tradisional dan sederhana  masih dibenarkan. Walaupun begitu, tiada laporan mengenai cara sambutan Songkran di kawasan lain sekitar Thailand.

Bagaimana untuk menyediakan diri anda menghadapi Songkran? Pastikan anda melakukan perkara-perkara berikut:

  • Pastikan anda mendapat tidur/rehat yang cukup
  • Ambil Vitamin C (bagi menghadapi kebersihan air yang diragui dan mempertahankan diri dari selsema)
  • Bawa cermin mata hitam murahan ataupun goggles renang
  • Pakaian sukan yang nipis dan mudah kering
  • Selipar
  • Sunscreen kalis air
  • Topi
  • Beg kalis air berkualiti (untuk melindungi handphone, kunci/kad hotel, dompet dll)
  • Kamera/ handphone kalis air
  • FOLLOW FBPAGE TravelsiaMY

Itulah sedikit sebanyak mengenai Songkran. Penulisan ini hanyalah secebis maklumat dari festival yang meriah dan penuh gilang-gemilang ini. Untuk mengetahui dan mengalami sendiri kemeriahan Songkran, anda haruslah berkunjung ke tempat-tempat di sekitar Thailand atau kawasan Utara semenanjung Malaysia dan alamilah sendiri keseronokan dan kehebatan pesta ini.

BACA JUGA : GADIS INI MENGEMBARA KE EROPAH DENGAN BAJET HANYA RM2800 TRAVEL BAJET EROPAH

Sumber:

https://beachrepublic.com/blog/25-facts-about-songkran-thailands-own-unique-new-year-celebration/index.html

http://www.chiangmai-chiangrai.com/songkran_customs.html

InjangNation

InjangNation
Sehari selembar benang lama-lama menjadi Injang. Yang kurik itu kendi yang merah itu saga, yang haram itu Injang.

Leave a Reply

Top