You are here
Home > Don't Miss > Sisi Gelap Airbnb Yang Anda Tidak Tahu

Sisi Gelap Airbnb Yang Anda Tidak Tahu

SISI KOTOR AIRBNB
Airbnb adalah servis penginapan yang telah beroperasi secara dalam talian sejak 2008 dan kini anggaran nilainya adalah USD30billion. Namun terdapat sisi buruk tentang syarikat Tech Startup yang menjadi liabiliti di dalam perundangan.

1. Kerosakan Harta Benda
Walaupun host telah diberikan jaminan terhadap harta benda mereka sekiranya berlaku segala kerosakan daripada pelanggan, masih terdapat kes yang dimana pihak Airbnb membayar kurang daripada jumlah kerugian yang dihadapi host.

2. Pelanggan Tidak Mahu Meninggalkan Kediaman
Terdapat kes pelik dimana pelanggan membuat kediaman host seperti kediaman mereka sendiri dan lebih menyeramkan apabila mereka enggan meninggalkan kediaman host. Kes seperti ini menuntut host untuk melantik peguam bagi menyelesaikan hal ini dan kos tersebut perlu ditanggung sepenuhnya oleh host.

3. Tiada Jaminan Keselamatan Fasiliti

Berbeza dengan industri perhotelan, Airbnb tidak memerlukan pemeriksaan keselamatan seperti alat pemadam api, pintu kecemasan, pengesan karbon monosida, pengera amaran kebakaran, dan pancutan pemadam api. Hal ini menyebabkan pelanggan terdedah dengan bahaya sekiranya berlaku bencana dan kes kematian pernah dilaporkan disebabkan masalah ini.

4. Gambar Iklan Tidak Jujur
Jurugambar akan dipanggil untuk mengambil gambar kediaman host untuk diiklankan di laman Airbnb. Hasil gambar dan penerangan tentang ruang yang host telah sedia untuk diiklankan tidak memaklumkan tentang ciri – ciri keselamatan di premis mereka. Di sini pelanggan tidak mendapat maklumat lengkap tentang keselamatan kediaman tersebut.

Backpack ke Eropah secara cheapskate

5. Diskriminasi

Ciri – ciri Airbnb dalam menemukan host dan pelanggan adalah dengan mewajibkan kedua-dua pihak melampirkan data peribadi umum beserta gambar . Terdapat diskriminasi dimana pihak host menolak untuk menerima pelanggan yang berbeza bangsa dan hal ini tidak berlaku di perhotelan komersial.

6. Kapitalis Bandar

Hasil keuntungan host melalui Airbnb adalah lebih tinggi berbanding menyewakan kediaman mereka kepada penyewa bulanan. Masalah berlaku apabila kadar harga sewaan disesuatu tempat meningkat lebih tinggi kerana pemilik kediaman enggan menyewa kepada penyewa bulanan kecuali mereka menerima harga sewaan bulanan yang tinggi dari penyewa.

Terdapat juga individu yang menyewa keseluruhan kawasan kediaman seperti di apartment dan dijadikan sewaan kepada Airbnb dimana hal ini menyebabkan kejiranan yang tidak terlibat dalam Airbnb terganggu dengan aktiviti pelanggan Airbnb yang ‘menceroboh’ privasi kawasan kejiranan tersebut.

Di New York, Airbnb di apartment telah diharamkan tetapi masih mereka masih beroperasi secara haram.

7. Pembunuhan Terancang
Servis dalam talian ini juga memudahkan perancangan pembunuhan dilakukan oleh pembunuh dimana liabiliti pembunuhan tersebut terdedah kepada host.

Follow FB kami dan berpeluang untuk tiket pernerbangan percuma ke Bandung TravelsiaMY

8. Rekod Buruk Dikuburkan
Kesemua perkara di atas telah, pernah dan bakal terjadi di dalam operasi Airbnb tetapi pihak mereka tidak menyatakan secara umum bagi mengekalkan keyakinan host dan pelanggan mereka.
Jadi kepada mereka yang ingin menjadi host dan pelanggan Airbnb, buatlah pilihan dengan bijak.

Artikel di petik dan diolah dari Video Adam Ruins Everything – Why Your Airbnb May Be ILLEGAL , sila tonton untuk lebih faham

Leave a Reply

Top