Semua Pulau Peranginan di Terengganu akan di tutup awal Oktober

Buat mereka yang masih merancang untuk ke Pulau Perhentian atau Pulau Redang di Negeri Terengganu di nasihatkan merancang perjalanan anda ke Pulau tersebut sebelum Oktober berikutan pengumuman notis penutupan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri Terengganu, Ariffin Deraman.

Penutupan ini adalah untuk persedian musim tengkujuh yang akan melanda negeri pantai timur di setiap penghujung tahun. Kerajaan negeri Terengganu juga menasihatkan para pelawat agar selalu peka dan berhati hati berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu sekarang.

Sementara itu, Ariffin turut meminta pengusaha resort dan chalet agar mengambil kesempatan sempena penutupan ini untuk melakukan kerja-kerja penyelenggaran serta menaik taraf penginapan mereka ketika tempoh penutupan ini.

Sumber : Astro Awani

Ikon Travel Terkenal Israel Nas Daily Membuat Surat Terbuka Kepada Rakyat Malaysia

Leave a Reply

Top