You are here
Home > Don't Miss > Semporna Sabah Syurga Dunia

Semporna Sabah Syurga Dunia

travelsia

Hai. Di sini saya nak berkongsi tentatif saya ketika bercuti ke Semporna Sabah baru-baru ini. Ini merupakan percutian bajet saya bersama sembilan orang rakan yang lain.

Hari pertama
Ketika sampai di airport Tawau, telah ada yang menunggu untuk menjemput kami dengan van jadi tidaklah kami perlu menunggu lama di airport tersebut. Jarak dari airport Tawau ke bandar Semporna mengambil masa lebih kurang satu jam tiga puluh minit. Ketika ini kami ambil kesempatan untuk tidur dan berehat kerana terlalu letih. Kami telah menginap di Billabong Lodge Hotel yang amat murah dan selesa. Malahan, hotel ini berdekatan dengan jeti dan restoran Abang Din yang enak.

Petang itu, kami bersiap-siap untuk hiking ke Bukit Tengkorak yang terletak di Tampi-tampi. Hiking di Bukit Tengkorak tidaklah begitu tinggi, hanya mengambil masa dua puluh minit untuk sampai ke puncak dengan tangga yang telah disediakan. Sebelum mendaki, kami telah melawat Muzium Arkeologi Bukit Tengkorak dan berpeluang untuk melihat tengkorak yang berusia 3000 tahun. Amat menyeramkan!

Hari kedua,

Hari yang kami nanti-nantikan telah tiba. Pada pukul 8 pagi, kami telah memulakan aktiviti lasak kami iaitu menawan puncak Bohey Dulang dan jarak perjalanan ke Bohey Dulang telah mengambil masa lebih kurang sejam dua puluh minit dengan menaiki bot. Perjalanan yang panjang beserta angin yang bertiup sudah tentulah enak untuk melelapkan mata. Namun sudah tentulah menikmati pemandangan lebih menyeronokkan apalagi dengan belakan jajan yang kami bawa bersama. Sebelum sampai di Bohey Dulang kami telah dibawa melawat perkampungan Bajau Laut iaitu di Pulau Tatagan.

Di sana, kalian boleh memberi makanan kepada mereka jadi bolehlah bercuti sambil bersedekah. Kalian juga boleh menaiki bot bersama Bajau Laut dengan bayaran sebanyak RM2 dan akan dibawa sehingga Lautan Hindi. Selesai mendaki Bohey Dulang kami telah berkelah di jeti Bohey Dulang yang indah sambil menjamu selera dengan kejernihan air laut dan ikan-ikan yang jinak. travelsia Setelah makan kami menyambung aktiviti snorkeling di Pulau Mantabuan dan Sibuan. Aktiviti kami telah berakhir pada pukul 5 petang dan kami berasa amat penat namun semuanya sangat berbaloi!

Hari ketiga,

Kami telah bersedia di jeti seawal jam 8 pagi kerana sangat teruja. Aktiviti hari ini lebih santai berbanding semalam kerana kami tidak perlu mendaki. Kami teruskan aktiviti snorkeling sebanyak 3 kali di Pulau Mabul dan Kapalai. Sekali lagi kami telah dibuai mimpi dalam perjalanan ke Pulau Mabul yang mengambil masa satu jam lima belas minit. Aktiviti terakhir yang kami lakukan ialah tiruk-tiruk iaitu terjun seperti Pandalela di Tampi-tampi. Aktiviti ini sangat menarik dan sangatlah rugi bagi yang tidak kemari kerana sekali kalian cuba pastinya hendak cuba berkali-kali.travelsia Aktiviti berakhir jam 6 petang dengan badan yang kepenatan tetapi amat berbaloi. Di malam terakhir kami di Semporna, kami makan bersungguh-sungguh sehingga perut kembung! Kami membayar RM35 seorang dan telah memesan lebih kurang sembilan jenis lauk dan seafood yang berbagai jenis. Setelah kenyang, tiba masa untuk tidur!

Hari keempat (terakhir),

Hari ini kami bermula lebih awal iaitu jam 7 pagi bot telah datang dan membawa kami ke pulau yang tercantik antara pulau-pulau yang kami lawati iaitu Pulau Mataking dan Pulau Pom-pom. Jarak perjalanan ke Pulau Mataking mengambil masa selama satu jam tiga puluh minit.travelsia Pulau ini terletak jauh sehingga ke sempadan Filipina. Air laut di pulau ini amat jernih dengan berbagai jenis ikan. Terlalu indah sehingga tak mampu diucapkan dengan kata-kata. Ternyata amatlah rugi bagi yang tidak pernah sampai ke sini kerana menurut pemandu bot kami, trip ke pulau ini sangat mahal hanya yang berkemampuan saja mampu sampai ke sini jadi sudah pastinya kami amat bertuah kerana semuanya sudah termasuk di dalam pakej yang kami pilih.travelsia Kami menamatkan aktiviti jam 1 petang, pulang ke bilik, check out dan menunggu van yang akan mengambil kami jam 3 petang untuk ke airport. Di airport kami telah membeli beberapa cenderamata untuk diri sendiri dan seterusnya kami bersurai.
Jadi, jumlah keseluruhan percutian saya hanya menelan belanja RM599 tidak termasuk tiket penerbangan dan makan malam di malam akhir. Ini amat sesuai bagi kalian yang sedang merancang percutian secara bajet dan berbaloi.
– TIket penerbangan pergi dan balik Kuala Lumpur ke Tawau RM249
– Makan malam terakhir RM35
Bagi yang hendak tentatif penuh disana, bolehlah meninggalkan nombor telefon atau emel di sini dan saya akan kongsi secepat mungkin.

30 thoughts on “Semporna Sabah Syurga Dunia

Leave a Reply

Top