You are here
Home > TEMPAT > ANTARABANGSA > Scandinavia – Belayar di laut Baltik

Scandinavia – Belayar di laut Baltik

Stockholm

follow Facebook page kami untuk berita yang lagi menarik TravelsiaMY

Berlayar di Laut Baltik dari Saint Petersburg – Helsinki – Stockholm – Tallinn – Saint Petersburg menggunakan feri Princess Anastasia. Perjalanan 4 hari 3 malam dengan kos dari EU190 untuk 1 kabin 2 orang.

Perjalanan kali ini di mulakan di jeti Morskoy Slavy 1, Saint Petersburg. Masa checkin adalah selepas jam 13:00 kerana checkin akan di tutup sejam sebelum masa berlepas jam 19:00. Di cadangkan datang awal kerana prosedur immigresen di Rusia agak ketat walaupun untuk keluar. Selepas urusan immigresen, pastikan semua tiket telah di cetak dan bersedia untuk urusan daftar masuk (nombor bilik telah tersedia dalam tiket) dan keselamatan. Malamnya rehat di feri dan nikmati hiburan malam atau makan malam sambil menikmati matahari jatuh di lautan Baltik yang sejuk.

follow Facebook page kami untuk berita yang lagi menarik TravelsiaMY

Hari 2 – tiba Helsinki, Finland pada jam 08:00, selepas bersarapan boleh bersedia untuk keluar feri dan melalui proses immigresen, selepas selesai, terus keluar dan boleh menunggu tram dengan bayaran EU3.20 sehala ataupun menggunaka daily pass sekitar EU10 untuk mana-mana public transport yang di sediakan oleh majlis tempatan Helsinki.

Dalam tempoh 7-8 jam (waktu selamat), kami sempat mengunjungi bangunan-banguan bersejarah di Helsinki ini, antaranya Cathedral & Senate Square, Helsinki Ortodox Cathedral dan yang paling penting kami ke Suomenlinna Island. Empat pulau bersejarah mengambarkan Helsinki masa lampau.

follow Facebook page kami untuk berita yang lagi menarik TravelsiaMY

Suomenlinna Island ini terdiri dari 4 gugusan pulau di mana terdapat 2 pulau utama, pulau utama ini terbahagi kepada pulau Rusia – menjadi penempatan Rusia selepas perang dunia ke 2 dan pulau lainnya adalah kubu petahanan zaman kegemilangan orang-orang Viking. Jika ada masa yang lebih bolehlah berjalan hingga ke King Gate di pulau ni. Kami hanya dapat separuh sahaja. Feri ke pulau ini adalah menggunakan daily pass ticket pengangkutan awam di sini.

Sempat juga kami menikmati makan tengahari di sini. kadar asal 1 pingan adalah EU10 walaupun saiz yang kecil. Mengembara di Scandinavia bukanlah sesuatu yang murah. Kami kembali ke feri untuk perjalanan yang seterusnya ke Stockholm. Feri bergerak jam 18:00. Pastikan sampai lebih awal untuk urusan immigresen.

Feri berlabuh di terminal feri Stockholm jam 09:30, sekali lagi urusan imigresen yang ketat di lalui, keluar terminal boleh menggunakan bas dengan kadar tiket daily SEK15, tapi kami mengambil keputusan untuk berjalan kaki dari terminal ke bandar. Sepanjang perjalanan kami menikmati keindahan taman-taman dan terusan di bandar ini.

follow Facebook page kami untuk berita yang lagi menarik TravelsiaMY

Stockholm ini terbina dari gugusan pulau-pulau kecil dan di sambungkan dengan jambatan-jambatan yang unik dan menarik. Bandar lebih tersusun  dan senibena yang halus. Tidak di nafikan bahawa Stockholm bandar tercantik di laut Baltik.

follow Facebook page kami untuk berita yang lagi menarik TravelsiaMY

Kami meninggalkan Stockholm jam 17:30 bagi meneruskan pelayaran ke Tallinn di Estonia, negara baru yang lahir setelah runtuhnya empayar USSR. Tempat ini menjadi tumpuan warga Scandinavia yang lebih elit menghabiskan wang mereka dengan membeli barangan yang jauh lebih murah. Barangan yang di maksubkan bukanlah barangan berjenama, tetapi lebih kepada produk makanan dan minuman keras.

Old city of Tallinn jelas kelihatan dari atas feri. Selepas urusan imigresen, terus sahaja menuju ke kota bukit yang tidak jauh dari laut. Kota lama yang masih utuh ini menjadi tarikan pelancung utama di Tallinn. Kawasan ini terjaga kebersihannya dan ada banyak restoren yang ala-ala bistro dengan harga berpatutan.

follow Facebook page kami untuk berita yang lagi menarik TravelsiaMY

Jika ada keupayaan, bolehlah memanjat menara Gareja tertinggi di sini, kadar bayaran EU2. di puncak menara ini pengunjung boleh menikmati keseluruhan bandar lama dan baru Tallinn. Cuma perlu ambil nafas bila tiba di puncaknya.

Seperti kota Eropah yang lain, hujung minggu bukanlah waktu yang sesuai untuk membeli-belah kerana kebanyakan kedai-kedai yang ada tidak beroperasi. Kota Tallinn juga menawarkan minuman alkohol dengan harga yang murah berbanding kota-kota lain. Larangan minum di tempat awam juga tidak ada di sini. Pengunjung boleh melihat alkoholik tidur di taman-taman di bandar baru tallinn ini. Jam 18:30 kami meninggalkan Tallinn dan kembali ke Saint Petersburg.

Tips:

Tempahan boleh di buat di web stpeterline

Boleh bawa makanan sendiri, bawa air mineral atau soft drink, jangan bawa minuman beralkohol. Bawa baju sejuk kerana musim panas di utara lebih sejuk dari cameron highland.

Bawa kad kredit atau debit kad yang mempunyai nombor pin. Sweeden dan Finland tidak banyak menggunakan transaksi tunai kecuali membeli di gerai-gerai sementara. Tiket bas juga perlu di beli di mesin yang di sediakan.

Baca juga travelog sekakan kota The Lord of The Ring Jelajah 4 Negara Balkan

www.visithelsinki.fi/en/whats-on/for-cruise-visitors/port-information

2 thoughts on “Scandinavia – Belayar di laut Baltik

Leave a Reply

Top