PESONA GUILIN

Guilin adalah sebuah bandar yang terletak di utara Guangxi , China disini terkenal dengan sawah padi berbukit atau teres dan juga perkampungan lama yang tidak berubah dari zaman Dinasti Ming. Berada disini membuat anda persis didalam set pengambaran filem kung fu lama lama. Jom baca pengalaman 4 hari di Guilin ini.

Visondata pocket WiFi

Pemandangan Menakjubkan dari Longji Rice Terrace.

Satu pemandangan yang menakjubkan dari Longji Rice Terrace bersama pengembara dari United Kingdom (UK). Mereka menikmati pemandangan ini dengan puas.

Sekumpulan 37 orang pengembara dari Israel sedang mendaki dari perkampungan Guzhuang ke perkampungan Pingan.
Petani tempatan sedang bekerja di sawah mereka.

“ Longji Rice Terrace ketika musim salji! Tidak menghijau dan tidak juga kekuningan, kelihatan kosong, dan tidak ramai pelancong, dan kami sangat menikmati ketenangan ini. Kami juga dapat melihat beberapa penduduk tempatan yang bekerja di sawah ini bagi persiapan tanaman pada tahun hadapan. Hidup mereka sederhana tetapi tidak bermaksud mudah. Tetapi saya dapat merasakan yang mereka cukup bahagia menjalani kehidupan seperti ini”.

DaYu Old Village

DaYu Old Village telah menjadi pusat pengedaran makanan di Sungai Li sejak Dinasti Tang. Masih terdapat banyak bangunan purba yang dipelihara sehingga kini dengan penduduk kampung Utara Guilin yang boleh dilihat di jalan-jalan lama di sini.

Visondata pocket WiFi

Anda boleh melihat dengan terperinci setiap ukiran kayu pada bangunan sekitar ini. Malah batu buntar di atas jalan raya juga boleh menceritakan kisah sejarah yang telah dilalui perkampungan lama ini. Masih terdapat banyak kedai-kedai terkenal yang telah lama dan masih beroperasi untuk kunjungan orang ramai, seperti penyulingan, gudang senjata, klinik perubatan Cina, kedai perabot kayu dan sebagainya.
Beberapa jambatan batu lama yang telah dibina beratus-ratus tahun dahulu juga masih boleh dilalui sehingga kini. Hidangan yang paling popular di sini adalah buluh tumis yang telah diperap bersama ikan pedas dari Sungai Li. Yum!

ANDA KINI DAPAT MENGGUNAKAN POCKET WIFI DISELURUH DUNIA SERENDAH RM25 ( KALAU 5 ORANG DAH RM5 SEORANG )

Unique Beauty Hill

Semasa berjalan di sepanjang “Unique Beauty Hill” di bandar lama Guilin pada awal pagi ini,

saya terlihat seorang lelaki, yang jelas beliau bukanlah penduduk tempatan, dan sedang melakukan Tai Chi. Konsentrasi dan pergerakannya yang tenang seperti mencerminkan beliau adalah penduduk disini. Beliau kelihatan selesa sambil menikmati pemandangan dan kehidupan yang tenang di Guilin ini.

Hari Terakhir Bekerja bagi Tahun 2016

BACA JUGA Kayangan Vietnam

Hari ini adalah hari terakhir bekerja bagi tahun 2016. rombongan pelancong yang terakhir iaitu dua pasangan Taiwan dari California dan mereka kagum dengan pembangunan di Tanah Besar China. Mereka melahirkan rasa cinta dan semangat kepada negara ibunda mereka ini dan tidak sabar untuk menerokai lokasi yang lebih indah di China.

Untuk makluman anda , anda dapat terbang ke guilin dari Malaysia dengan serendah Rm700 bersama AirAsia

untuk tahu lebih lanjut pasal Guilin boleh pergi ke amazingjulia.com

Fb page : Julia

Visondata pocket WiFi

Leave a Reply

Top