Malaysia: Pusat pelancongan atau pelencongan?

Malaysia, sebuah destinasi pelancongan yang menarik minat pelancong dari pelbagai negara, seperti Britain, Portugal, China, negara-negara Asia Tenggara dan banyak lagi.

Dengan pelbagai destinasi pelancongan yang menarik disamping aktiviti-aktiviti kemasyarakatan hasil dari kelompok kaum yang pelbagai, Malaysia pastinya menjadi tumpuan sebagai sebuah gedung kebudayaan untuk pelancong.

Sebagai pilihan utama pelancong, Malaysia menawarkan tempat-tempat menarik dan bersejarah hasil dari peninggalan penjajah, iklim dan cuaca yang menjadi pujaan pelancong barat, keunikan dan kepelbagaian makanan, keindahan perpaduan kaum dan sudah tentulah diserikan lagi dengan pemandangan-pemandangan indah di setiap destinasi.

Namun, sejak kebelakangan ini, industri pelancongan Malaysia dicemari pelbagai imej negatif yang menjadikan Malaysia lebih ‘terkenal’ dari sisi gelap berbanding imej murninya suatu ketika dahulu.

Tidak cukup dengan pelbagai cerita konspirasi, pembunuhan-pembunuhan melibatkan warga asing, skandal yang pelbagai, Malaysia kini seolah-olah berusaha dengan begitu gigih untuk mendapat tempat pertama dalam setiap perkara tercorot di dunia.

Pelancong kini berpusu-pusu datang ke Malaysia bukan untuk melihat keindahan alamnya semata-mata, tetapi lebih kepada mencari keseronokan dari hiburan-hiburan terlarang yang terhidang dengan banyak dan pesatnya di seluruh negara.

Lengkapkan perjalanan anda dengan mengambil insuran travel untuk perjalanan yang lebih aman dan tanpa masalah dengan premium serendah RM20 klik disini.

Jika dahulu Thailand dan Filipina mendominasi sektor “sex tourism” di Asia Tenggara, kini Malaysia seolah-olah tidak mahu ketinggalan untuk merebut gelaran tersebut. Menurut sesetengah dokumentari yang diterbitkan oleh badan penyiasatan tertentu yang disiarkan di youtube, Malaysia telah pun mendahului Thailand dan Filipina dalam sektor yang kotor ini.

Hiburan untuk pelancong di Malaysia kini tidak terhad kepada muzik, arak dan tempat-tempat menarik semata-mata. Rata-rata pelancong kini lebih rancak berhibur dengan khidmat seks dan dadah yang berleluasa.

Sebagai masyarakat tempatan, kita boleh menutup mata dan menafikan perkara ini. Namun hakikatnya, inilah salah satu faktor yang menarik lebih ramai pelancong ke negara kita ketika ini. Rumah-rumah urut, pusat hiburan ‘keluarga’ yang kelihatan begitu naif dan polos dari segi nama dan rupa luarannya menjadi syurga untuk pelbagai kegiatan jenayah terkutuk dalam memuaskan serakah warga asing yang datang bertandang.

Rumah merah, rumah urut, pusat karaoke, kelab-kelab malam, ‘spa’ dan apa jua nama timangan ataupun lokasinya , ia amat dikenali oleh pelanggan-pelanggan tempatan atau dari luar. Pilih saja, nak nasik lemak, chapatti, bakso dan macam-macam lagi, semuanya ada dalam ‘menu’.

foto : ilyavarlamov

Tahukah anda mendapatkan khidmat seks di Malaysia kini adalah semudah memesan makanan di restoran makanan segera. Pesan, pilih ‘menu’ anda (umur, warna kulit, saiz) dan bayar (secara kredit atau tunai) dan ‘lauk’ anda akan dihantar terus ke bilik hotel yang anda diami.

Sektor haramjadah ini juga tidak malu atau takut untuk membuat marketing atau pengiklanan secara terbuka baik di atas talian atau di luar. Dia buat macam iklan suruh beli pizza hawaiian chicken pulak. Sudahnya, masyarakat pulak yang naik takut bila tengok keliling penuh iklan penyundalan menandakan kawasan tersebut adalah sarang pelacuran.

Dan bila kami mendakwa bahawa kegiatan ini merangkumi semua kawasan dan tempat, kami memang maksudkan semua kawasan dan tempat. Termasuklah kawasan-kawasan di bawah pentadbiran agamawan yang kononnya suci tidak ternoda itu. Yang kononnya nak ubah satu negara ikut haluan agama, tapi kawasan sendiri pun tak terjaga.

Pihak-pihak yang terlibat pasti akan menafikan sekeras-kerasnya dakwaan-dakwaan begini. Pesan kami, jika anda nak tahu sendiri, turunlah di jalanan (di destinasi pelancongan terkenal seluruh negara) dan lihatlah sendiri betapa mudahnya anda mendapatkan khidmat-khidmat dan barang-barang terlarang ini. Siapa yang harus dipersalahkan dan dipertanggungjawabkan mengenai perkara ini? Itu adalah soalan yang kita sama-sama perlu hayati.

Lebih membimbangkan apabila terdapat maklumat bahawa negara kita juga kini telah menjadi pusat kepada kegiatan perhambaan seks melibatkan gadis-gadis bawah umur. Anak gadis yang mungkin umurnya sama dengan anak-anak atau adik-adik anda yang masih bersekolah rendah atau menengah, dipergunakan untuk melayan nafsu berbelas hingga berpuluh orang lelaki hidung belang setiap hari. Dari rakyat tempatan yang bersaiz cili api hinggalah warga asing yang bersaiz terung. Masih tidak kisah? Bagaimana jika hamba-hamba seks ini adalah adik-beradik atau anak-anak anda sendiri? Diperlakukan dalam pelbagai aksi dan posisi untuk memenuhi pelbagai fantasi lelaki?

Industri pelacuran di Malaysia yang dahulunya hanya dijalankan oleh warga tempatan, kini didominasi oleh ayam-ayam dari China, Myanmar, Vietnam, Thailand, Laos, Kemboja malah Afrika. Ya, ‘pelajar-pelajar’ dari Afrika turut tidak ketinggalan menceburkan diri mereka (literally) di dalam bidang ini. So boleh dikatakan bahawa industri pelacuran di Malaysia dah bertaraf antarabangsa lah kan?

Merujuk kembali kepada perhambaan seks melibatkan gadis bawah umur, mereka ini dikatakan sama ada diculik atau dijual dari negara asal dan diseludup masuk ke dalam negara ini. Gadis-gadis ini kemudiannya akan disorokkan di sarang-sarang tertentu untuk dihidangkan dengan pelbagai jenis dan saiz sosej setiap hari. Tiada arah untuk lari, dan tiada siapa untuk meminta pertolongan. Itulah nasib mereka, dikurung dan dipergunakan dengan cara yang lebih keji dari binatang.

Boleh dikatakan, inilah antara tarikan terbesar pelancong luar ke negara kita pada ketika ini. Jadi masih mampukah kita tersenyum dan berbangga dengan peningkatan keuntungan dari sektor pelancongan seperti yang dicanang-canang oleh orang besar di dalam media tempatan? Yakinkah anda orang luar datang ke tempat kita untuk melihat pemandangan yang kononnya begitu indah, melawat tempat-tempat menarik dan bukannya untuk melempiaskan nafsu serakah semata-mata?

Jika kita teruskan untuk membutakan mata, memekakkan telinga dan membisukan kata, ingatlah, sentiasa akan ada kesan dan akibat dari sikap kita yang tidak ambil peduli ini. Sampai masanya nanti, tanggunglah separuh mati.

Artikel ini dikarang oleh @injangnation pada tahun 2017 namun baru dipublish sekarang kerana kami semua takut kedalam semasa pemerintahan kerajaan lama

Baca juga Pemuda Ini Hanya Membayar RM37 Untuk Tiket Ke Surabaya Dan Ini Itinerari Surabaya Beliau

Leave a Reply

Top