You are here
Home > Don't Miss > Mabul Permata Yang Tersembunyi

Mabul Permata Yang Tersembunyi

“Eh, tak takut ke kena culik dengan lanun?”
“Selamat ke nak gi sana?”

Soalan yang sering terngiang bila saya bagitahu orang lain yang saya nak ke Pulau Mabul
Untuk pengetahuan anda jangan risau mengenai isu keselamatan di Pulau Mabul ini, setiap hari ada je askar yang datang berkawal kat kawasan Mabul ni. Mereka buat kerja mereka untuk kawal bahagian sempadan. Jangan risau lah keselamatan kita terjaga kat sini. Terima Kasih abang askar !

Jadi saya beli tiket ke dari KL ke Tawau. Ingat! Landing at Tawau Airport, bukan Kota Kinabalu Airport. Dari airport Tawau kami terus ke Semporna dan terus ke Pulau Mabul menggunakan bot laju.

Di Mabul kami tinggal di Billabon Scuba. Jangan risau pasal lapar kat Mabul ni. Makan 3 kali sehari (Sarapan, makan tengahhari, makan malam). Masih lapar ibarat singa ? boleh pergi je kat dining area tu and buat la air milo/tea/nescafe and ada sediakan roti/biscuits. Makan la sampai puas berapa banyak kali pun. Percuma je dekat Billabong Scuba. Makanan yang aku bawak konon2 untuk bekal time lapar tu, memang tak termakan pun. Semua aku bagi kat Gipsi laut.

Gipsi laut sedang berurusniaga

Lepas tu kami pergi berjalan jalan keliling Pulau Mabul. Kami bernasib baik sebab tour guide kami seorang jurugambar yang berbakat sebab tu semua gambar lawa semacam je.

Lepas tu balik kat semporna balik. Kat Taman Marin Tun Sakaran, Abg Adli sendiri yang guide kitorang kat sana. Wehh, yang ni wajib kena pergi. Hiking 600m (2000 kaki) kat Bohey Dulang Island untuk dapatkan view yang Subhanallah sangat cantik.

Then sambung snorkeling kat Mantabuan Island and Sibuan Island. Ikan kat sini besar2 tapi manja sangat. Siap boleh belai2 ikan time fishfeeding tu.

Penyu sedang jogging

Di Semporna, dua malam berterusan kami makan malam seafood. Sedap dan amat murah. Kalau dekat KL memang susah nak dapat harga macam ni.

Snorkelling dalam package yang kami ambil ni ada 5 kali (3 kali kat Mabul Island, 1 kali kat Mantabuan Island and 1 kali kat Sibuan Island). Kitorang tak puas 3 kali je snorkeling kat Mabul, so tambah 1 snorkelling sesion lagi. Well, bila dah rasa gian nak skindiving, 5 kali snorkeling pun rasa tidak cukup.

Nasihat saya sila bawa Gopro atau action camera atau camera kalis untuk rakamkan pemandangan yang menakjubkan ini.

Apa lagi yang anda tunggu ? Kemas lah baju anda dan beli tiket ke Pulau Mabul sekarang !.

Jom baca Semporna Syurga Dunia

Semporna Sabah Syurga Dunia

Leave a Reply

Top