You are here
Home > TERBARU > Meneroka Kota Belud

Meneroka Kota Belud

Kembara Kota Belud, hidden gem in Sabah

Kota Belud merupakan satu daerah di Sabah yang terletak kira-kira 70km dari Bandaraya Kota Kinabalu. Perjalanan dari KK ke Kota Belud mengambil masa kira-kira sejam sahaja untuk anda sampai ke pekan Kota Belud dengan melalui Jalan Tuaran. Kota Belud sememangnya terkenal dengan keindahan sawah padi dan bukit-bukit yang terletak di sekitarnya seperti Bukit Bonggol, Bukit Bogung, Bukit Tunggal dan Bukit Tinjau. Sangat sesuai bagi mereka yang minat hiking, you’ll get the best view of mother nature trust me!! 😉


Bukit Bonggol

BACA JUGA

1. Semporna syurga dunia

2. meneroka kayangan

Yang paling menarik lagi, keindahan Gunung Kinabalu dapat dilihat dengan jelas dari kawasan sawah padi yang terbentang luas memang rasa aman damai lah kat KB ni. Kalau nak the very best view kena lah hike atas bukit, memang heaven view dia.

Kg Tagulangan

Dekat KB ni ada beberapa tourism attraction specially Tegudon Tourism Village (TTV), Eko Pelancongan Kg Terintidon, Sungai Malapi Kg Sayap, Tagal Kg Talungan dan banyak lagi.

Tegudon

Tapi kena tahu jugak untuk pergi ke tempat ni mengambil masa kira-kira sejam juga untuk masuk ke kampung-kampung yang ada attraction macam ni, and of course sesetengah jalan raya masih lagi belum berturap tapi sememangnya selamat dan boleh dilalui oleh kenderaan.

BACA JUGA :

1. Semporna Syurga Dunia

2. RM700 di Acheh

Tapi saya sarankan sesuai menggunakan kereta four wheel. Main attraction kat tempat ni bukan sekadar view yang cantik tapi boleh relax-relax mandi sungai dan campsite juga disediakan untuk mereka yang ingin overnight adventure style. Tempat yang famous sekali orang datang untuk camping ialah dekat Polumpung Melangkap Camp Site dan juga Tegudon Tourism Village (TTV).


Ingin kan homestay ketika di Kota Kinabalu , dapatkan dengan harga istimewa di Eszwanhomestaykk

BACA

1. Semporna syurga dunia

2. meneroka kayangan

Leave a Reply

Top