You are here
Home > TEMPAT > ANTARABANGSA > Korea Utara , Syurga atau Neraka Pelancong ?

Korea Utara , Syurga atau Neraka Pelancong ?

Korea Utara , Syurga atau Neraka Pelancong ?
(Oh, by the way yang K-Pop lawa-lawa hensem-hensem tu Korea Selatan. Jangan tersilap Korea. Kalau ya pun bebal tak dapat A untuk subjek Geografi, jangan la tunjuk sangat.)

Korea Utara boleh dikatakan antara negara yang agak terpencil dan agak misteri berbanding negara lain di seluruh dunia. Ianya mungkin juga antara negara yang paling tak ‘friendly’ dari segi pelancongan. Insiden-insiden dan spekulasi tentang Korea Utara yang sering kita dengar membuatkan kita berasa agak gerun untuk memilihnya sebagai tempat untuk dilawati. Malah ada yang mengatakan, pelancong luar yang pergi ke Korea Utara akan sentiasa diiringi oleh seorang ‘pengendali’ kerajaan negara itu yang akan sentiasa mengawasi dan memantau tingkah laku pelancong. Namun benarkah semua ini? Info-info dibawah bakal merungkaikan misteri mengenai melancong ke Korea Utara.

1. Tiada penerbangan terus dari Malaysia ke Korea Utara
Ya. Kalau anda berhajat nak terbang sesuka hati dengan rasa gembira dari Malaysia ke Korea Utara, jangan harap! So macamana kalau anda masih tergedik-gedik nak ke Korea Utara? Salah satu caranya, pergilah dulu ke negara China atau Russia. Setibanya di sana nanti, anda boleh pilih sama ada nak ke Korea Utara menggunakan kapal terbang atau kereta api.

2. Anugerah Kedoktoran
Pada tahun 2013, pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Un telah menerima gelaran Doktor Falsafah dari HELP University, Malaysia. Anugerah dan penghormatan ini sedikit sebanyak menunjukkan bahawa Malaysia ada hubungan yang agak baik dengan negara tersebut. Kira ‘Bro’ la jugak kot.

Follow FB pagetravelsia untuk berita Tips Travel yang lagi power

3. Visa
Passport adalah buku pengenalan identiti yang bertindak sebagai kad pengenalan di luar negara.
Sementara visa adalah kebenaran untuk memasuki sesebuah negara yang ditampal/lekat dalam passport tersebut. Jadi semua negara yang kita nak masuk perlukan passport, tapi tak semua negara perlukan visa. Dan Korea Utara adalah salah sebuah negara yang boleh kita lawati tanpa memerlukan visa. (Malaysia adalah negara pertama dan satu-satunya negara yang ada keistimewaan tersebut.) Namun begitu anda perlu menandatangani perjanjian perjalanan yang menyatakan bahawa anda akan mematuhi semua undang-undang pelancongan yang telah ditetapkan oleh kerajaan Korea Utara.

4. Backpacking
Agak menyedihkan sebab katanya di Korea Utara ni backpacking berjalan sorang-sorang buat kepala sendiri adalah tak dibenarkan. Oleh itu anda perlu melancong melalui pakej agensi pelancongan. Antara agensi yang disyorkan adalah Young Pioneer Tours (highly recommended) dan Koryo Tours. Harga untuk sebuah pakej pelancongan menerusi agensi ke Korea Utara adalah dalam lingkungan RM2700-RM10k.

Follow FB pagetravelsia untuk berita Tips Travel yang lagi power

5. Fotografi
Korea Utara agak tegas mengenai undang-undang fotografi. Pelancong dinasihatkan untuk mengelakkan diri dari mengambil gambar-gambar yang menonjolkan kemiskinan, gambar yang mengaibkan kepimpinan, gambar tapak pembinaan, atau mengambil gambar orang awam tanpa kebenaran. Disamping itu, syarat juga diletakkan jika anda mengambil gambar tugu Presiden. Anda perlu mengambil gambar keseluruhan tugu tersebut dari kaki hingga ke kepala.

Gambar setengah-setengah tak dibenarkan. Dan anda juga tidak boleh zoom in dan ambil gambar bahagian kepala tugu tersebut. Tindakan ini boleh dianggap biadab dan tidak menghormati kesucian pemimpin Korea Utara itu. Degil? Tak mahu ikut garis panduan ini? Maka hadapilah risiko gambar dalam kamera akan didelete, kamera dirampas, atau yang paling best, ditangkap dan dihumban ke dalam penjara mereka.


Bangunan di Pyongyang


Pemandangan Pyongyang dari Menara Juche

6. Mereka tak suka dipanggil ‘Korea Utara’
Sebaliknya mereka lebih suka dikenali sebagai Republik Demokrasi Rakyat Korea (Democratic People’s Republic of Korea). Pyongyang pula adalah ibu negara mereka. So Korea Utara tu gunakan bila sembang dengan kita-kita saja. Masa berada di sana, panggillah ia dengan nama yang ia suka. Masuk tempat orang, jangan nak ikut suka hati kita pulak.

7. Yang menarik dan yang pelik
Yang menarik? Anggota Trafik Wanita di Korea Utara katanya lawa-lawa (nak cari nahas, cubalah mengorat). Stadium Rungnado May Day mampu menampung hingga 150 000 orang pengunjung dan menjadi tempat untuk acara-acara sukan terbesar di negara itu. Pyongyang ada tiga buah ‘funfair’ yang walaupun agak kuno dan berteknologi rendah namun sebenarnya amat menarik untuk dicuba. Yang pelik? Kebanyakan kanak-kanak akan pakai pakaian seragam yang sama setiap masa, walaupun mereka tidak berada di sekolah. (Pertikai la kalau nak cari mati.)

Follow FB pagetravelsia untuk berita Tips Travel yang lagi power

Korea Utara akan mengadakan Pilihan Raya setiap 5 tahun, namun calon yang bertanding hanya seorang saja. (Pelik tapi benar) Rancangan televisyen yang disiarkan pula amat-amat membosankan disebabkan kawalan yang amat ketat ke atas media di Korea Utara. Dan jangan cuba-cuba nak menonton cerita-cerita atau rancangan K-Pop (Korea Selatan) di negara tersebut. Katanya kalau didapati bersalah, boleh dikenakan hukuman mati. (Bila lah Malaysia pulak nak kuatkuasakan undang-undang ni terhadap peminat K-Pop di negara kita hahaha)

8. Capaian internet dan panggilan antarabangsa
Tiada siapa yang mempunyai capaian internet di Korea Utara kecuali pihak berkuasa dan pegawai atasan kerajaan mereka. Ya, rakyat Korea Utara sendiri pun tak dibenarkan menggunakan internet. Pelancong pulak, faham-faham saja lah. Panggilan antarabangsa pula boleh dibuat namun pada kadar yang terlalu tinggi. (3-7 USD seminit) Jadi sepanjang di Korea Utara lupakanlah nak log in Instagram, Twitter atau Facebook. Dan tak perlu susah-susah nak beli simcard baru. Duduk diam-diam dan bertabahlah hingga anda pulang ke tanahair.

9. Maklumat mengenai Korea Utara di Internet
Jika anda mencari maklumat atau cara-cara untuk melancong ke Korea Utara melalui Internet, maka carian anda pastinya akan menasihatkan anda untuk tidak berbuat demikian. Hal ini kerana, kebanyakan laman tersebut dimiliki dan diusahakan oleh dunia barat. Oleh itu mereka menggunakan sepenuhnya laman-laman ini untuk menyebarkan propaganda mereka tentang betapa teruknya Korea Utara di mata dunia. Kemungkinan untuk anda batalkan perjalanan anda ke Korea Utara selepas membaca info di laman-laman web adalah sangat tinggi.

10. Matawang
Matawang yang diterima daripada pelancong untuk urusan pembayaran tunai di Korea Utara adalah Euro, matawang China iaitu Yuan/Chinese Renminbi (RMB) dan Dolar Amerika.

11. Makanan Halal
Makanan halal amat sukar dan hampir mustahil untuk didapati di Korea Utara. Jadi sama ada anda makan berpandukan hukum darurat, atau anda kebuluran sampai habis percutian. Pilihlah apa tindakan yang sepatutnya.

Follow FB pagetravelsia untuk berita Tips Travel yang lagi power

12. Bersiar-siar
Anda tidak dibenarkan keluar bersiar-siar seorang diri di luar kawasan hotel tanpa ‘pemandu pelancong’ atau ‘pengendali’ yang telah dilantik oleh kerajaan Korea Utara. Namun anda masih boleh bebas bergerak di dalam kawasan hotel tanpa kawalan dan pengawasan yang ketat. Atau anda juga boleh memilih untuk terperuk sahaja dalam bilik hotel sambil menonton rancangan televisyen Korea Utara yang amat ‘menarik’.

13. Agama
Rakyat Korea Utara kebanyakannya tidak beragama, tidak mempunyai apa-apa kepercayaan (Atheist). Namun mereka masih mempunyai kepercayaan-kepercayaan tradisional yang diamalkan oleh warga tempatan. Namun begitu masih ada kelompok agama minoriti seperti Kristian, Buddhism dan Confucianism. Yang bagusnya,  tak adalah penunggang agama dalam kalangan rakyat Korea Utara yang ambil kesempatan buat duit dengan menunggang agama dan menipu umat. Yang tak bagusnya, undang-undang ini amat ketat dan anda dilarang sama sekali untuk berdakwah atau menyebarkan ilmu tentang kepercayaan masing-masing. Hukuman mati boleh dikenakan terhadap sesiapa yang cuba berdakwah atau membaawa buku-buku atau kitab berkaitan agama di Korea Utara.

14. Dadah dan pornografi
Ganja atau Marijuana tidak diklasifikasikan sebagai dadah di Korea Utara. So anda boleh stoned kaw-kaw di sana selagi tak menimbulkan masalah. Walaupun begitu, dadah lain masih dianggap salah disisi undang-undang mereka. Pornografi pula adalah dilarang sama sekali. Hukuman mati boleh dikenakan kepada mereka yang didapati bersalah memiliki, menonton atau menyebarkan bahan lucah di negara tersebut. Sangap? Tak ada modal? Gunalah daya imaginasi yang tinggi. KAHKAHKAH

15. Maklumat sampingan
Hanya pegawai kerajaan dan tentera sahaja yang dibenarkan menggunakan kenderaan sendiri di Korea Utara. Rakyat mereka akan menggunakan pengangkutan awam untuk kemana-mana. (Dan sama jugalah untuk pelancong). Rakyat tempatan tidak dibenarkan untuk memakai pakaian berunsur Denim, atau seluar jeans. Namun undang-undang ini tidak dikenakan ke atas pelancong. (Nasib baik). Jika anda dilahirkan sebagai rakyat Korea Utara, anda tidak akan dibenarkan sama sekali keluar dari negara itu kecuali anda merisikokan sendiri nyawa anda untuk lari ke negara lain. Anda boleh membeli poskad dan menghantarkannya kepada kawan-kawan dan keluarga di seluruh dunia kecuali yang berada di Korea Selatan.

Disebalik semua info yang diberikan ini, Korea Utara atau Republik Demokrasi Rakyat Korea sebenarnya adalah sebuah negara yang selamat untuk dilawati. Ianya juga selamat untuk pelancong selagi anda mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan dan tidak cuba untuk melakukan sesuatu yang mampu membuatkan anda meringkuk di dalam penjara mereka. Pergi dan cubalah melancong ke Korea Utara dan lihatlah sendiri keunikan negara itu.

Nota kaki: Ada di antara pembaca yang pernah pergi ke Korea Utara dan mengalami sendiri perkara-perkara yang ditulis di atas? Atau ada pengalaman lain yang anda ingin kongsikan? Jangan malu-malu, terjahlah ruangan komen di bawah.

Baca juga :Pelayaran Di Laut Baltik

Follow FB page travelsia untuk berita Tips Travel yang lagi power
Follow FB pagetravelsia untuk berita Tips Travel yang lagi power
Follow FB pagetravelsia untuk berita Tips Travel yang lagi power

Artikel ini telah di ambil daripada https://www.facebook.com/sasikumar5909
Dan Disunting oleh InjangNation

InjangNation

InjangNation
Sehari selembar benang lama-lama menjadi Injang. Yang kurik itu kendi yang merah itu saga, yang haram itu Injang.

Leave a Reply

Top