You are here
Home > Don't Miss > Kembara ke Palestine yang Mencemaskan

Kembara ke Palestine yang Mencemaskan

Hai semua. Bagi yang belum pernah ke Palestine atau Baitul Maqdis pasti akan tertanya-tanya atau berfikir samada selamat atau tidak untuk berkunjung ke sana. Saya pun ada perasaan takut juga tapi disebabkan ex-boss beriya-iya meyakinkan tidak ada apa perlu ditakuti (sebab dia dah pergi dulu) so saya pun memberanikan diri.

Dek kerana terlalu sibuk, saya menyudahkan packing di saat-saat akhir. Tiba hari untuk berangkat iaitu pada 13 Februari 2017, saya berkobar-kobar mengorak langkah dengan memakai kasut baru yang dibeli khusus untuk trip ini. Sesuatu yang mengejutkan berlaku, sewaktu di dalam teksi sambil melayan mata yang mula mengantuk, tiba-tiba mata saya memandang kasut yang dipakai.

Alamak, warna kasut ni lain-lain lah…kiri warna ‘black’, kanan warna ‘blue-black’. Aduuhhh, macamana boleh silap ni ! Rasa nak marah pun ada, nak nangis pun ada. Redho kan je la huhu.

Kasut sebelah warna lain-lain, pakai kan aje la.

Sebelum boarding, wakil travel agent ada memberikan tips atau amaran apa yang patut dilakukan sewaktu di ‘security checkpoint’ di terminal imigresen Israel. Bila dah masuk dalam telinga jadi cuak pulak, “boleh ke aku lepas nih”, kata-kata ni asyik berputar dalam otak. Antara tips atau amaran itu ialah :

  1. Pastikan kamu sebut nama penuh dengan binti sekali – sebut dengan betul. Lain-lain biodata pun mesti dijawab dengan tepat sepertimana ditulis dalam borang.
  2. Jangan tunjuk atau berlagak pandai. Buat-buat tak pandai berbahasa English lagi bagus.
  3. Kalau ditanya sebab apa datang Palestine, jangan kau jawab atau sebut benda-benda sensitif seperti nak bantu penduduk tempatan lah, nak tengok tembok pemisah la, nak berjuang intifada’ la. Mampus. Kau jawab jer datang nak tengok permandangan cantik (saya ni jenis banyak mulut, takut kalau kena soalan ni sebab ntah hapa-apa yang saya jawab nanti. Ngeri nya).
  4. Jangan pandang tepat atau renung lama-lama mata pegawai tu. Pada diorang itu biadap namanya (habis kalau kita ditanya haruslah jawab dan pandang mata orang yang bertanya iye dok ? Lain lah kalau orang buta atau cacat penglihatan atau juling itik huhu. Nak nanges rasa. Takut).
  5. Akhir sekali, kau banyak-banyaklah berdoa.

Satu lagi tips saya nak share,  dalam borang yang kita isi tu akan ditanya apa pekerjaan kita. Mengikut apa yang agent kongsi,  kalau kita ni bekerja sebagai tentera,  berkemungkinan besar kita takkan dapat lepas masuk Palestine.

So pandai-pandailah cover line masa isi biodata tu…mungkin boleh letak jer profesion sebagai pegawai atau kakitangan kerajaan. Tapi nanti bila kena soal masa di ‘security check point’ jangan kau jawab ko kerja tentera plak… harus kena tinggal dengan kawan-kawan sebab tak lepas masuk. Melambai dari jauh dengan penuh kepiluan saja la.

Untuk masuk ke Palestine yang dijajah oleh zionis Israel, rakyat Malaysia terpaksa masuk melalui sempadan Palestine – Jordan. Ini kerana pasport kita tidak boleh digunakan untuk masuk ke Israel sebab Malaysia tidak pernah mengiktiraf kewujudan negara Israel ni. Jadi kalau nak cop pada pasport memang tak boleh. 

Rakyat Malaysia dibenarkan masuk ke Palestine tetapi haruslah mendapatkan visa di Kedutaan Israel di Singapura. Sebelum proses visa, borang ‘Permohonan Untuk Melawat Baitul Maqdis’ yang disediakan oleh Jabatan Immigresen Malaysia perlu diisi terlebih dahulu.

Pemandangan dalam perjalanan ke Allenby Bridge, Jordan. Lereng-lereng gunung ganang seluas mata memandang.

Dari Queen Alia International Airport, kami dibawa ke Allenby Bridge, sebuah jambatan yang menjadi sempadan antara Palestine dan Jordan. Mula-mula bas yang membawa kami beserta pemandu kena dapatkan ‘clearance’ dulu. Lepas tu kemuncak debaran pun bermula bila semua ahli rombongan diminta turun dari bas beserta beg masing-masing untuk ke ‘security check point’ mereka.

Rasanya ada 7 kali kami kena beratur dalam barisan. Stress habaq ang haha ! Sebab tak tahu apa nasib yang akan menimpa. Zikrullah sentiasa di bibir (padan muka kau kan, baru lah ingat nak berzikir bagai). Nak dijadikan cerita, seorang dari ahli rombongan yang beratur di kaunter sebelah ditanya dengan soalan macam-macam. Suara orang Israel tu punyalah kuat.

Saya dah kecut perut. Giliran pun dah hampir tiba sangat. Alahai. Saat pasport diserah pada pegawai yang memakai ‘kopiah’ kecik di hadapan, saya tunduk je. Dia sebut nama penuh saya, saya angguk (“ye, aku ler tu, ngok”). Serius yang amat mukanya. Fuh nasib baik itu jer.

Selepas selesai semua ‘security check’ (dokumen, badan dan beg), kami pun berkumpul untuk menunggu kawan-kawan lain yang belum selesai. Rupa-rupanya ada sorang ahli jemaah yang ditahan pasport nya kerana tidak dapat menjawab soalan berapa lama nak melawat Palestine. Nntah la. Ini andaian saja. 

Diorang tak beritahu sebab kenapa ambik pasport (tadi ada tips suruh buat blur macam tak faham Bahasa English kan ? Ha, macam mana tu ?? Konpius mak huhu). Tapi selepas sejam pasport tu dipulangkan semula kepada tuannya dan kami semua menarik nafas lega. Alhamdulillah, semua lepas dan boleh meneruskan perjalanan seterusnya.

Inilah kad yang menggantikan cop masuk di pasport kita sebelum melepasi sempadan Israel. Kad ni kena simpan elok-elok macam jaga nyawa. Tak tau la apa jadi kalau kad ni hilang huhu.

Perjalanan yang memukau dan penuh ibrah (pengajaran)

Pemandangan selepas masuk sempadan Israel. Padang pasir yang lapang terbentang tapi subur dengan ladang pohon zaitun. Di tempat-tempat lain tandus. Daerah ini sebenarnya hampir dengan Laut Mati. Di sebalik banjaran adalah negara Jordan.

 

Tempat yang mula-mula kami ziarah dalam perjalanan menuju Jerusalem iaitu masjid dan maqam Nabi Musa AS. Tempat ini dibangunkan oleh Salahuddin Al Ayubi dan di sini adalah daerah perkampungan di mana Nabi Allah Musa AS tinggal dan bermastautin sehingga ke akhir hayat.

 

Menurut tour guide kami yang berasal dari Bethlehem (yang dalam gambar tu bukan tour guide…itu laki den haha) tidak dapat disahihkan samada benar-benar jenazah Nabi Musa AS dikebumikan di sini tapi andaian bahawa ini benar maqam Nabi Musa AS adalah berdasarkan riwayat di sinilah baginda tinggal dan wafat. Wallahua’lam.

 

Selepas ziarah maqam Nabi Musa AS kami tiba di Jerusalem. Perut pun memang lapar. Makan beriya-iya memang dah tak toleh laki dah haha. Oh ya,nasi ni tak sama macam nasi arab. Yang ni lagi sedap weii…yummeh.

 

Jika kita berada di Mount of Olive iaitu kawasan bukit yang tinggi dalam Jerusalem, kita boleh melihat Baitul Maqdis dari jauh. Di sebelah kiri adalah Masjidil Aqsa (kubah kecik hitam) manakala kubah emas itu lah Dome of Rock.

 

Kota Baitul Maqdis. Di sana lah Rasulullah SAW diangkat ke langit di dalam peristiwa Israk dan Mi’raj. Subhanallah.

 

Hari berikutnya, kami dibawa melawat bandar Hebron. Hampir 100% penduduk Hebron adalah muslim Palestine. Tempat pertama yang diziarah ialah masjid dan maqam Nabi Yunus AS. Kami kemudian menziarahi masjid dan maqam Nabi Ibrahim AS, Siti Sarah, Nabi Ishak AS dan isterinya Rafiqa.

Maqam Nabi Yunus AS di Hebron, Palestine. Dikisahkan di dalam Al Quran bagaimana Nabi Yunus AS telah ditelan ikan Nun (betul ke nama ikan tu ? Kalau tak silap la hehe) dan baginda berzikir serta bermunajat selama 40 hari sebelum dimuntahkan ikan di pantai.

 

Di hadapan masjid Nabi Yunus AS. Pada hari keraian tertentu, penduduk tempatan Palestine akan datang bersama keluarga masing-masing dan berkumpul serta berkampung di sini. Memandangkan sekarang adalah musim sejuk dan kami datang awal ke sini, maka takde sesiapa pun yang lalu. Kelihatan seperti ada kubur lama di situ ?? Tempat ni sungguh spooky dan menyeramkan heee.

 

Sebelum ke masjid Nabi Ibrahim AS, kami singgah di kedai souvenir milik penduduk tempatan muslim Palestine. Walaupun harga dijual agak mahal tapi kami membeli belah juga di sini dengan niat membantu ekonomi rakyat Palestine. Banyak barangan cenderahati di sini dibuat dengan tangan oleh wanita-wanita Palestine.

 

Model binaan Baitul Maqdis yang diperbuat dari batu mamar dan ‘mother of pearl’. Ni buatan tangan sepenuhnya. Berapa harga ?? Tak mampu tanya huhu.

 

Di dalam adalah maqam Nabi Ibrahim AS.

 

Di belakang tu adalah maqam Nabi Ishak AS.

 

Pemandangan dalam perjalanan ke Bethlehem untuk ziarah tempat kelahiran Nabi Isa AS. Di sepanjang jalan boleh kita lihat sangat ketara perbezaan penempatan yahudi yang high class manakala muslim Palestine tinggal dalam keadaan miskin dan serba kekurangan. Purata orang muslim dan orang Yahudi yang tinggal di Bethlehem adalah 50 : 50.

 

Di luar tembok ini rakyat tempatan Palestine hidup dalam kesempitan dan ditindas. Tanah mereka dirampas hingga memisahkan keluarga dan sanak saudara. Di dalam tembok adalah kawasan penempatan orang Yahudi, orang Palestine bukan Yahudi tidak dibenarkan masuk.

 

Menjejak kaki di Dome of Rock. Musim sejuk tambah-tambah lagi hujan turun jadi tak ramai orang di sini.

 

Rupa kubah Dome of Rock dari sebelah dalam. Kemasan dan hiasan dibuat dari emas tulen tuh.

 

Pintu masuk ke dalam masjid Al Aqsa.

 

Suasana di dalam masjid al-Aqsa.

 

‘The Wailing Wall’ tempat ‘ibadah’ orang Yahudi. Di atas tembok ini adalah masjid Al-Aqsa. Tempat ini dikawal ketat oleh tentera dan polis yahudi bersenjatakan M16 dan Steyr.

 

‘Mount of Temptation’ atau Bukit Percobaan yang terletak di kota Jericho, kota tertua di dunia, dan kota terendah di dunia kerana berada 305 meter di bawah permukaan laut. Mengikut riwayat Israeliyat, berlaku peristiwa Nabi Isa AS bermunajat selama 40 hari di bukit ini dan telah digoda iblis. Cerita selebihnya boleh la gugel huhu.

 

Di sini adalah terminal untuk keluar dari Israel. Di terminal ini lah kad yang saya tunjukkan di atas tu akan di cop. Lagi satu adegan cemas berlaku bila pasport ahli jemaah telah ditahan tanpa sebab. Kitorang mengandaikan sebabnya adalah nama empunya pasport yang ditahan tu bermula dengan Muhammad. Memang diorg tu suka buli orang Islam kot. Nota kaki : Sampai sudah takde orang perasan kasut yang saya pakai cacat hehehe.

Kenangan Terindah

Melawat Palestine atau Israel tidaklah sama seperti kita melawat Eropah yang mana kita boleh melihat landskap pemandangan yang lebih indah dengan bukit bukau pokok pine serta sungai-sungai bersih membiru yang berliku-liku. Bagi saya, pengalaman menziarahi Palestine terutama Baitul Maqdis adalah penuh bermakna dan sangat unik.

Sebenarnya banyak lagi foto-foto yang hendak dikongsikan tapi biarlah saya simpan supaya rakan-rakan traveller diluar sana lebih teruja untuk merasai sendiri pengalaman dan melihat dengan mata sendiri suasana di sana.

Kesimpulannya, tidak ada apa yang perlu dirisaukan kerana kita melawat tempat orang Islam. Bandar-bandar utama seperti Jerusalem, Hebron dan Bethlehem terdiri dari majoriti orang Islam Palestine cuma polis dan tentera Israel akan sentiasa berkawal di daerah ini kerana ia merupakan tempat tarikan pelancong termasuklah Baitul Maqdis (dan sebab bandar-bandar ini telah jatuh dalam jajahan mereka huhu – tolong betulkan kalau fakta saya silap). Daerah yang bergolak adalah di Semenanjung Gaza yang terletak jauh dari Jerusalem. OK lah setakat ini dulu.

Jika ada kesempatan saya akan kongsikan pengalaman di Jordan pula yang tida kurang menarik hehe. Wassalam.

 

4 thoughts on “Kembara ke Palestine yang Mencemaskan

  1. Fuhhh…terbaiklah kak!!!seram ngeri baca plk.Apapun Alhmadulillah perkongsian pengalaman yang amat berharga…Thanks for sharing…

    1. Terima kasih my brother…hehe. Nanti in shaa Allah moga2 murah rezeki bole kita travel sama2 eh

  2. MashaAllah .. semoga Allah berikan saya juga rezeki dan kesempatan yg sama utk dpt menziarahi bumi ambiya ini amin ya Allah

  3. InshaAllah semoga dipermudahkan segala perjalanan semua saudara seislam ku utk menjejak bumi yg penuh dgn tinggal sejarah agung Islam.

Comments are closed.

Top