You are here
Home > HOTEL > Kembara Gurun Mesir

Kembara Gurun Mesir

KANYON NUWEIBA DAHAB MESIR
Kanyon atau dalam bahasa inggeris canyon adalah sebuah lembah yang bersisi keras terhasil daripada kesan hakisan sungai dalam skala masa yang sangat lama.

Terdapat beberapa kanyon di Mesir iaitu di kawasan semenanjung Sinai,kebanyakkan kanyon tidaklah besar jika dibandingkan dengan kanyon yang terdapat di seluruh dunia tetapi tetap mencabar dan terkadang memerlukan pendakian.

Follow FB page TravelsiaMY kami untuk berita travel yang power dan berpeluang memenangi tiket travel secara percuma

Perjalanan ke kanyon biasanya boleh dilawati dengan menaiki jeep safari 4×4 yang boleh memuatkan 10 orang untuk satu kenderaan kalua orang gemuk mungkin lain kapasitinya hahah .

Perjalanan mengambil masa satu jam lebih dari Dahab untuk anda sampai ke destinasi utama iaitu Kanyon putih atau white canyon.Kanyon putih atau white canyon merupakan tarikan utama kanyon di Sinai.Di kanyon putih anda dapat merasai pengalaman mencabar mengharungi kawasan lembah sama ada dengan mendaki atau menuruni cerun.

Follow FB page TravelsiaMY kami untuk berita travel yang power dan berpeluang memenangi tiket travel secara percuma

Anda dapat melihat pemandangan yang sangat indah apabila berada di puncak bukit.Biasanya perjalanan mengambil masa 3 jam untuk tiba di hujung perjalanan tetapi bergantung juga kepada keadaan diri pendaki.

Setelah penat mengharungi perjalanan yang jauh anda akan tiba di sabah camp iaitu sebuah perkampungan arab badawi.Di sini anda akan dihidangkan makanan tengahari yang dimasak sendiri oleh mereka.

Di samping itu juga anda akan dihidangkan dengan teh yang diletak ramuan tertentu serta dimasak menggunakan dapur arang kayu.

Seterusnya anda akan dibawa menaiki jeep safari semula menuju ke Ein Kudra atau batuan berbentuk cendawan.Ia terjadi hasil dari hakisan hujan sejak beribu-ribu tahun dahulu.

Destinasi terakhir anda akan dibawa melawat kanyon warna warni atau coloured canyon.Perjalanan ke kanyon warna warni agak mencabar kerana anda terpaksa menempuh gurun padang pasir yg mengambil masa 30 minit lebih kurang dengan menaiki jeep safari.

Follow FB page TravelsiaMY kami untuk berita travel yang power dan berpeluang memenangi tiket travel secara percuma

Di kanyon warna warni anda dapat melihat batu batuan pelbagai warna dan amat cantik sekali.
Kos perjalanan untuk seharian di kanyon hanyalah 250 LE/RM62 SEORANG(MINIMUM 5 ORANG)

AHMAD ZAKI BIN ABD RASHID
KAHERAH, MESIR

Baca juga : Jelajah 4 Negara Balkan

Follow FB page TravelsiaMY kami untuk berita travel yang power dan berpeluang memenangi tiket travel secara percuma

One thought on “Kembara Gurun Mesir

Leave a Reply

Top