You are here
Home > TEMPAT > ANTARABANGSA > Kembara Canada

Kembara Canada

Disini saya nak share kan serba sedikit tips & gambar-gambar sepanjang kembara saya dan kawan-kawan ke Canada.

Atas sebab faktor semuanya masih bekerja, kami hanya spend 10-12 hari sahaja di bumi Canada (ada yang terpaksa balik awal).

Walaupun masa agak limited, Alhamdulillah kami berpeluang mendaki ke 3 buah gunung, tengok wild bear, moose & elk, explore beberapa tempat yang rare.

Tema kembara adalah roadtrip & hiking, melihat keindahan flora & fauna. Maka, kami lebih kepada explore kawasan hutan / taman negara di British Columbia & Alberta. Tak explore sangat kawasan bandar.

Route : Vancouver – Whistler – Clearwater – Jasper National Park – Lake Louise – Banff National Park – Revelstoke – Kamloops – Vancouver

Total perjalanan : 2,300 km

Navigation Apps : Maps.me

Duit : Tukar siap-siap di Malaysia. Standby credit & debit card

Kereta : Enterprise Canada. book awal-awal dari Malaysia. Driving license malaysia yang baru boleh digunakan disana. Tak perlu International license pun tak pe.

Penginapan : Kami menginap di hostel, motel & camping di National Park. Kena book awal sebab musim panas semuanya cepat sold out.

Kalau pergi ketika musim panas, standby banyak2 mosquito repellent. Nyamuk kat sana jenis tak makan saman, besar gila & aggressive. Memang bengkak2 jugak la badan & muka bila masuk hutan. Pedih!

Yang mana suka nature, memang saya advise pergi Canada. Currency rate pun tak berapa tinggi, dalam 3.2 je. Toilet free takyah bayar. Bersih! Toll takde. Parking kebanyakkan luar bandar tu free.
Berbaloi pegi sana, sebab Harga barang tak semahal europe. Anyway, dengar cerita rate euro sekarang nak cecah 5.0? 😅

Visa : www.cic.gc.ca

Harga CAD100

Nak apply visa tu leceh sikit. Tapi ok la, tak susah sgt. Yang penting semua dokumen lengkap.
InsyaAllah ada rezeki nak repeat lagi. Sebab tempat2 kat sana memang lain dari yang lain ❤️

Karya : Ayu Hasman

Leave a Reply

Top