You are here
Home > TEMPAT > ANTARABANGSA > Jelajah 4 Negara Balkan Dalam Masa 11 Hari

Jelajah 4 Negara Balkan Dalam Masa 11 Hari

Perkongsian pengalaman menjelajah 4 negara Balkan bermula dari Montenegro-Croatia-Slovenia-Bosnia dan kembali ke Montenegro.

Musim sejuk yang extreme di Moscow kadang kala merimaskan, aktiviti luar yang terhad menyebabkan ramai warga moscow memilih untuk keluar ke negara-negara yang lebih panas terutamanya yang bersuhu Mediterranean. Pilihan penerbangan agak terhad pada musim sejuk menyebabkan pilihan ke destinasi juga perlu di titik beratkan. Memandangkan keinginan yang jitu untuk menjelajah bumi Balkan, penulis hanya mempunyai pilihan ke Tivat Montenegro sahaja dari Rusia menggunakan penerbangan S7. lapangan Terbang Antarabangsa Tivat hanyalah lapangan terbang kecil tetapi berhampiran dengan laut.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA
Kami sempat makan malam di pesisiran laut sebelum menaiki bas ekspres ke Dubrovnik melalui bandar Kotor.

Perjalanan dari Tivat melalui Kotor adalah 3 jam melalui pos immigresen montenegro dan Croatia. Penumpang bas tidak perlu turun dari bas, cukup sekadar menunggu pegawai immigresen datang mengutip passport. Memandangkan perjalanan waktu malam, kami tidak dapat menikmati keindahan fjord di sepanjang pantai di antara kedua-dua negara, kepada yang mudah pening, sediakan ubat tahan muntah kerana sepanjang perjalanan tepi lautnya sama seperti laluan tapah-cameron highland.

Dubrovnik ataupun kota King Landing kepada peminat tegar The Games of Throne. menyusurisepanjang pantai di sini hingga ke KOta Lama Dubrovnik amat mengasyikkan. Tidak sedar kami berjalan kaki lebih dari 19 km menyusuri bukit dan pantai. Sempat juga menaiki glass boat dengan kadar EU10 untuk 1 jam, menikmati pemandangan dari laut kota lama ini. Jangan lupa tangga walk of atonement, ramai yang menuruni tangga ini akan menjerit shame! shame! shame!. Satu hari penuh cukup untuk menjelajah isi kota ini.

Hari ke 3 – Split. Perjalanan lebih kurang 3 jam setengah melalui sempadan Bosnia, dapat 1 cop sahaja kerana jalur sempadan ini kecil sahaja. Split adalah kota pantai yang mempunyai kubu lama ataupun Old City. Hampir semua bandar di Balkan mempunyai kota-kota batu dan ke unikannya sendiri. Jika ingin menjelajah taman-taman negara yang terkenal di kawasan ini, Split adalah pilihan bandar transit yang terbaik, Pengunjung boleh memilih pakej ke hutan, air terjun ataupun ke pulau-pulausekitar yang sangat cantik. Pakej daily trip ke Mostar dan Sarajeyo. Harganya juga lebih rendah dari harga internet, Jika datang ke sini bulan Mei hingga Oktober, memang banyak pilihan. Musim sejuk November hingga April pilihan sangat terhad. Kami hanya sempat menjelajag old city dan Park Suma Marjan (puncak tertinggi di bandak Split)

Hari 4 – Zagred, kami tiba sekitar jam 2 petang, hampir 5 jam perjalanan dari Split. Selepas daftar masuk, kami melawat kota lama Zagred dan menikmati makan malam. Cuaca juga tidak berapa baik, hujan sepanjang hari. Tidak banyak yang menarik di sini.

Hari 5 – Seawal 06:45 kami telah berada di Stesen bas utama Zagred untuk ke Plitvice Lake National Park, antara taman negara yang sering menjadi idaman untuk di kunjungi. Semua yang datang ke sini akan terpengun dengan keindahan air terjun dan tasik di sini. Sila bawa makanan sendiri kerana kedai hanya ada di pintu masuk utama. Kadar bayaran maksimum adalah KN180 pada musim puncak, dan musim sejuk KN55 sahaja.

Hari 6 – Slovenia, Negara kelahiran Malenia Trump memang menghasilkan wanita-wanita bertaraf super model. Matlamat kami mengunjungi bandar spa Eropah aitu tasik Bled. Perjalanan menggunakan bas dari Zagred ke Ljubljana dan seterusnya ke Tasik Bled. Belilah tiket pakej EU10 merangkumi tiket pergi balik Ljubljana-Bled-Lubljana dan juga tiket masuk ke Istana Blejski. Jika musim panas boleh beli tiket skali dengan bot mengelilingi tasik sekitar EU12. Tiket masuk ke Istana ini sahaja hampir EU8. Kenapa tasik ini menjadi pilihan? tempat inilah perkahwinan terlarang Senator Padme Amidala dengan Anakin Skywalker berlansung dalam starwar II. Cuaca sangat sejuk pada hari tersebut menyebabkan kami kembali ke Ljubljana dan meneroka kota lama ini. Ada restoran kebab halal depan stesen bas Ljubljana dan juga wifi percuma. kena baca di papan kenyataan di stesen bas ini untuk dapatkan password wifi nya.

Hari 7 – Sarajevo. perjalanan hampir 10 jam, melalui 3 negara dan 4 pos imigresen – Slovenia/Croatia/Croatia/Bosnia. Sampai jam 06:00 pagi di Sarajevo. Suasana sangat sejuk kerana salji telah turun di sini. Kawasan pergunungannya di sekitar bandar telah putih. Kota sarajevo tiada bezanya dengan luar bandar Turki. Kelebihannya, bila mereka mendengar nama Malaysia mereka sangat teruja, ada yang siap memeluk kami lagi. ada yang memberikan hadiah pen yang berharga EU3 lagi. Kota ini mempunyai sejarah penting kerana di sinilah bermulanya perang dunia pertama dan juga perang terakhir di Eropah. Di sini juga kami jumpa wanita yang mencari makanan dari tong sampah. Bumi Bosnia sangat rapuh, kata-kat hikmah ini banyak di tulis di mana-mana – Do Fogive Don’t Forget.

Hari 8 – Mostar Kota yang mempunyai sungai terbersih di Eropah dan mungkin di dunia, kota warisan Unesco ini sangat cantik dan unik. orang Bosnia juga sangat ramah dan baik. Kami di jamu aiskrim bila checkin rumah tumpangan. Kelebihan datang musim sejuk, pengungjung boleh swafoto di jambatan terkenal mostar tanpa kehadiran photo boom.

Hari 9 – 12 jam perjalanan Mostar (Bosnia)-Podgorica-Kotor (Montenegro) pemandangannya sangat hebat, melalui gunung, tasik dan tepi laut yang amat mengujakan.

Hari 10 – The Great Montenegro Tour, hari-hari terakhir, kami memilih untuk mengambil pakej tour bernilai EU35 dari monte360.me ini bagi membolehkan kami jadi pelancung dan tempat yang lebih menyeluruh. Ilternari 10 jam adalah Kotor (Old City) -Lovcen Mountain-Lavcen National Park-Citenje- River Crnojevica-Buvda. Cuaca kurang memuaskan menyebabkan kami hanya dapat melihat kabut dan basah lencun merentas bandar.

Hari 11 – Kotor, kota lama yang berada di Boka bay ini mengingatkan saya akan filem Lord of the ring-Return of the King kerana ciri-cirinya hampir sama. Masa yang sangat terhad, kami memanjat gunung di belakang kota ini menuju North Gate di perbatasan gunung ini, bersempadan dengan taman negara Luvcen.

11 hari di 4 negara Balkan ini tidaklah mencukupi, kubu-kubu lama yang kukuh, perang yang berpanjangan dan mendapat pengaruh dari tamadun yang berbeza-beza menjadikan tempat ini sangat unik. Orang-orang di Montenegro sangat tinggi, dan berada dalam kekeluargaan, 1 kampung 1 keluarga. Orang Bosnia sangat peramah dan baik. Croatia yang sangat cantik taman negaranya tetapi barang agak mahal, Slovenia amat tenang dan pengaruh Eropah barat sangat ketara.

Lain-lain rujukan:

Perkhidmatan bas untuk 4 negara ini, boleh beli online atau di stesen bas.
https://getbybus.com/en/globtour

Plitvice Lake National Park
http://www.np-plitvicka-jezera.hr/en/plan-your-visit/operating-hours-and-prices/

Tour montenegro
Monte360.me

Saifuddin Ahmad
FB : https://www.facebook.com/saifuddinahma

Leave a Reply

Top