You are here
Home > ITINERARI > Itinerari Ringkas Hua Hin, Thailand

Itinerari Ringkas Hua Hin, Thailand

Perkongsian itinerari oleh Amirah Azizan

Day 1

Naik train dari BM ke Padang Besar (RM10.70) – 2 jam
naik train pagi sebab nak sampai padang besar awal

Padang Besar ke Hatyai Junction naik van (150TBH) – 45minit
ada banyak masa sementara tunggu train pukul 5 singgah makan dan jalan-jalan hatyai dulu

Dari hatyai naik train ke Hua Hin Railway Station (379TBH) – 14 jam
beli la makanan dan minuman siap-siap sebab dalam train jual makanan tak tahu halal ka tak.

Day 2

Sampai Hua Hin pukul 7:20pagi
Mandi dekat toilet station tu (15TBH)
Pergi breakfast dekat kedai betul-betul depan station keretapi tu.Kedai muslim.Makanan sedap dan murah.-
Lepas makan terus pergi tanya harga pakej untuk jalan-jalan di Hua Hin
Kami dapat pakej tour 5 tempat di Hua Hin dengan harga 1300TBH.

So kami pilih untuk ke
1️⃣ Hin Lek Fai View Point (FREE)
2️⃣ Santorini Park (150TBH)
3️⃣ Swiss Sheep Farm(120TBH)
4️⃣ The Venezia(180TBH)
5️⃣ Plearnwan Vintage Village (FREE)

Selesai tour 5 tempat ni kami decide nak balik rest dekat hotel dulu
Kami stay di Terminal Hotel Hua Hin booking dalam Booking.com (612TBH/night)
Lepas rest mandi keluar pergi night market naik tut tut (150TBH)
Dinner pun kami makan dekat tempat yang sama kami sarapan.
Agak susah nak cari makanan halal dekat sini

Day 3

check out pukul 10 terus call teksi hantar ke Sam Phan Nam Floating Market.
Nak masuk kena bayar 200TBH dapat free naik sampan dan keretapi mini untuk pusing-pusing floating market.
Lepas tu suruh driver hantar ke Hua Hin Beach.
Dia charge kami 600TBH
Pantai dia sesak sangat, so boleh lepak sekejap ja . Nak cari seat pun susah.Pantai berombak kuat tapi cantik.
Dari pantai kami jalan kaki je ke Hua Hin Railway Station lebih kurang 10minit sambil borak-borak
Beli tiket train dari Hua Hin ke Hatyai (459TBH) – 13 jam

Day 4

sampai Hatyai , makan , jalan-jalan then ambil train balik ke Padang Besar (80TBH)
Padang Besar balik ke Bukit Mertajam RM10.70

Kos Seorang :
Tiket Train – 918 TBH
Pengangkutan di Hua Hin – 410 TBH
Makan – 500 TBH
Penginapan – 250 TBH
Entrance Fee – 650 TBH
Souvenir – 100 TBH
Others – 200 TBH
*Bajet dalam RM400 je seorang

*banyak lagi tempat dekat Hua Hin yg boleh pergi tapi kami dah tak sempat.
*sekarang Camel Republic under renovation so kami tak dapat singgah

Leave a Reply

Top