Itinerari travel Hatyai & Krabi menaiki Bas dari Kuala Lumpur

Berikut merupakan Itinerari Sumbangan ke Hatyai dan Krabi menaiki bas dari TBS Kuala Lumpur . Diharapkan perkongsian ini memberikan info yang berguna buat pembaca dan traveler semua.

Kami ke Hatyai dari TBS menaiki Bas jam 11 malam

Harga tiket RM60.40

Selesai semua urusan document di changlun. Kami sampai ke Hatyai Jam 9 Pagi

 

Hari Pertama – Kami telah menyewa tuk-tuk utk 1hari(B1300) kongsi 4 orang. Tempat yang dilawati :

 

* Sarapan di Chabura Dim Sum

* 3D art museum – B250 seorg

* Chang Puak Camp

* Simla Beach Songkhla

* Khlonghea Floating Market

* Khlonghea Seefood Buffet – B289 seorg

* C in The Hive Hostel  – B1350 kongsi 4org

* Asean Night Market

* Lee Garden Night Market

 

Tempah perjalanan anda dengan klook untuk menikmati diskaun menarik

 

Hari Kedua  – Gerak ke Krabi menaiki van jam 9am -B2800 pergi dan balik untuk 4 orang.

Perjalanan selama 5 jam akan berhenti di RnR Trang selama 30minit. Sampai di Ao nang jam 2PM.

 

* Check in Ao nang Village Resort – 2 malam

B3960 kongsi 4 orang

* Jalan jalan pantai Ao nang sambil survey tour pusing pulau

* Ke Krabi Town Night Market – naik van B120 seorang pergi dan balik

* Massage oil full body – B300

 

Hari Ketiga – Selapas breakfast 9am, Kami gerak ke Pulau Hong

Tempah perjalanan anda dengan klook untuk menikmati diskaun menarik

* Pakbia island – snorkeling

* Paradise Lagoon

* Hong island – Berkayak 400 kongsi 3 orang

* Pusing pusing Ao nang – Malaysia Street

* Foot massage👣 B200 sorg

 

Hari Ke empat – After breakfast, check out. Perjalanan Sampai ke Hatyai jam 4pm

 

* Kim Yong Market – Shopping buat kali terakhir

* 6.30pm balik ke KL menaiki Bas Suasana Edaran B600

* Selamat sampai KL jam 4 pagi di Hentian Bas Duta.

 

Tempah perjalanan anda dengan klook untuk menikmati pengalaman travel seakaan masyarakat setempat

Itinerari ini disumbangkan oleh Noor Syam Harina

 

Leave a Reply

Top