You are here
Home > Don't Miss > Itinerari Lengkap Jogjakarta (6D 5N)

Itinerari Lengkap Jogjakarta (6D 5N)

ITINERARY & TIPS TRAVEL KE JOGJAKARTA (6D 5N)
.
How I Travel Jogjakarta?

(Complete summary of itinerary + fees/price + tips)
.
*I pergi berdua je dengan my sister, kita travel tak budget constrict sangat sebab our mission is to explore Jogjakarta as much as we can (sambil jimat mana yang perlu). Kebanyakan duit kita spend for activities sebab majority semua tempat ada fees. Tunggu apa lagi? Lets gooo*
.
(For fees/price, yang I tak state per person tu adalah yang share for two person, dan semua parking fee stated adalah ditanggung oleh supir.)
.
Travel date: 12 – 17 May 2017 (6 days, 5 nights)
Exchange rate: IDR 1juta = RM333
.
 Flight: RM193 (return) /person

 Hostel
– The Packer Lodge Yogyakarta – IDR 1.3juta/room (6 days & 5 nights) + IDR 150k deposit (deposit dia return back masa check out if takde problem)
– twin room (katil atas bawah) – booked through booking.com
– my rating – 4/5

 Transport
– Supir
—> IDR 1.3juta/3days (14, 15, 16 May only)
—> Supir fee rate: IDR 450k/day/car (include: supir, car, petrol, parking fee)
—> Sangat recommended, sebab supir dia terbaik and the cheapest deal I got so far.
—> Mas Den Yana (+62 817 261513) – whatsapp
– Becak (details below)
– Transjogja bus (details below)
– Ojek (details below)

.
12 MAY
Tentative: Rest, Alun-alun Kidul.
 Arrived at Jogja Airport Terminal B around 6pm. Walked to bus station (near Terminal A).
 Convenient store: (Roti – IDR 10k) + (Air mineral kecik – IDR 6.5k)
 Transjogja bus 1A: Airport to Jl. Malioboro – IDR 3.5k/person
 Stop kat Station/Halte Inna Garuda then walk to the hostel.
 Becak: Hostel to Alun-alun Kidul – IDR 30k/one way (balik tu saja jalan kaki, 4km).
 Alun-alun Kidul ni takde entrance fee. Dia macam taman je.
 Kereta Lampu kat Alun-alun kidul: IDR 20k to IDR 30k/hour (kitorang tak naik, tanya harga je).
 Makan kat Alun-alun Kidul: (Bakso ayam – IDR 13k/each) + (Es campur – IDR 8k/each) + (Mineral water besar – IDR 6k/each). Bakso ayam & Es campur sedap!

13 MAY
Tentative: Chill at hostel, Taman Sari, Sekitar Jl. Malioboro (hari-hari pergi Jl. Malioboro sebab hostel area situ).
 Hostel – Taman Sari – Hostel: free transport by supir (kebetulan dia ada kat area tu, so dia offer).
 Taman Sari: IDR 15k/person + IDR 2k (if using extra device other than phone camera).
 Pusing-pusing area Jl. Malioboro…tak beli barang apa pun.
 Food of the day…
– Tako maggi: IDR 10k/4 cucuk/12 ketul
– Es tele: IDR 10k/mangkuk
– Sate ayam & nasi impit: IDR 15k/7 cucuk & few nasi impit (sedap!)
– Air mineral kecik: IDR 5k

14 MAY
Tentative: Goa Jomblang, Kalicusi cave tubing, Sunset at Pantai Krakal.
 Air mineral besar: IDR 5k
 Goa Jomblang: IDR 450k/person (including lunch, rental boots and safety gears).
 Kalisuci cave tubing: IDR 70k/person (including food – mi sedap je) + IDR 5k (parking)
 Pantai Krakal: no entrance fee + IDR 5k (parking)
 Food of the day…
– Mcflurry oreo: IDR 9.5k/each
– Bakpia: IDR 5k/5 ketul (dapat free 1, beli tepi jalan je, sedap bakpia makcik ni).
– Nasi gudeg peha ayam: IDR 50k/2 set (IDR 25k/set), Es Teh: IDR 5k, Es Syrup: IDR 5k

15 MAY
Tentative: Pantai Timang, Makan Lobster, Hutan Pinus.
 Pantai Timang:
– Parking: IDR 10k
– Ojek ke Pantai Timang: IDR 50k/person
– Naik gondola: IDR 250k/person (return)
– Cross jambatan gantung: IDR 100k/person (return) – tak naik, tanya harga je.
– Ambil gambar kat jambatan gantung: IDR 10k/person
 Makan lobster @ Pantai Timang:
– IDR 500k/set (2 lobster sederhana, tempe goreng cili, sayur ulam timun & kacang panjang, sotong celup tepung, sambal, nasi sebekas, air lemon).
 Hutan Pinus: IDR 2k/person + IDR 5k (parking)
 Food of the day…
– Ice cream Mcd cone seasalt top: IDR 16k/2 ice cream (IDR 8k/each) – sedap!
– Kerak telur: IDR 20k/each (telur + pulut + serunding daging jadi telur dadar – okay la not bad).
– Bakpia: IDR 10k/10 ketul (dapat 2 free, beli kat makcik yang sama).

16 MAY
Tentative: Sunrise at Borobudur Temple, Mount Merapi Tour, Pinus Pengger, Sunset at Prambanan Temple.
 Sunrise at Borobudur Temple: IDR 450k/person (including breakfast, torchlight & 1 souvenir).
 Mount Merapi Tour: IDR 350k/jeep/short tour (2.5 hours)
 Lunch at Restoran Bonda Merapi
– IDR 67k/3 person
– nasi putih 3 pinggan, sate cendawan 2 set, sup sayur 1 set, tempe goreng 1 set, sambal, ayam masak macam kurma (tak ingat nama), Es jeruk, Apple juice, Es Teh.
 Pinus Pengger: IDR 2k/person + IDR 5k (parking)
 Tip for taking photo with owl: IDR 10k (tak kisah berapa, dia cakap seikhlas hati, tapi kalau taknak bagi pun takpe).
 Prambanan Temple: IDR 325k/person (non-student) + IDR 195k/person (student)
+ IDR 5k (parking)
 Dinner at Ayam Penyet Surabaya:
– Ayam penyet set: IDR 18k
– Bebek penyet set: IDR 24k
– Es teh limau: IDR 4k
– Alpukat juice: IDR 5k
 Food of the day…
– Bakpia: IDR 30k/1box/35 ketul (bakpia makcik sama sebab malas nak pergi kedai bakpia 25)
– Convenient store: IDR 42k (ice cream 2, mochi, mineral water kecik, coffee)
– Jagung cheese: IDR 7k/small cup

17 MAY
 Souvenir:
– 1 tshirt for little sister: IDR 30k
– Fridge magnet: IDR 25k/2 pieces
 Food of the day…
– Es campur: IDR 9k
– Ice cream Mcd cone seasalt top: IDR 16k/2 ice cream
– Lumpia ayam: IDR 7k/2 pieces (IDR 3.5k/piece)
– Lumpia special: IDR 8k/2 pieces (IDR 4k/piece)
– Convenient store: IDR 36k (biskut gary 3 pack, mineral water)
 Transjogja bus (bus no 1A): Jl. Malioboro to Airport Jogja – IDR 3.5k/person
– Naik Transjogja bus 1A from Halte/Station Inna Garuda.
– Stop kat Halte/Station Jogja Expo Centre (JEC), tukar bus.
– Naik Transjogja bus 1B sampai Halte/Station Airport Jogja (Bandara Adisucipto)
 Rotiboi + mineral water kecik: IDR 13k (beli kat airport)

TOTAL SPENT IN IDR: IDR 7,043,000 (~IDR 7juta/2 person) – excluding flight
TOTAL SPENT IN MYR: RM 2272 + (RM 193×2) flight = RM 2658 all in
TOTAL SPENT 1 PERSON: RM 1329 #
.

INFOS/TIPS JOGJAKARTA

 Kalau nak senang, pilih hotel di sekitar Jl. Malioboro. Banyak facilities, meriah and senang nak access.

 Prepare duit lebih untuk deposit hotel/hostel.

 You should get internet sim card (simPATI), as it has the best coverage. I didn’t buy internet sim card cause I don’t really need it this time.

 Kalau naik becak, kena pandai tawar, baru dapat harga murah.

 Kereta lampu dekat Alun-alun Kidul tu kita boleh bawak pusing round padang yang di khas kan tu je, tak boleh bawak merata. Kalau ramai orang, memang slow moving pusingan tu. Tapi kinda fun kalau naik ramai-ramai sebab setiap kereta ada laptop kecik boleh bukak lagu kita suka. Ada jugak tempat makan, order kat gerai, lepas tu makan atas padang, tikar and meja disediakan.

 Makan tak susah, majority kat Jogja ni muslim, bersepah makanan halal cuma bersih atau tak je.

 Dekat Jogja memang banyak jalan and naik tangga, pakai kasut sesuai, bring water around. Tak semestinya kena fit, depends you larat ke tak je. Kena kuat semangat la kan nak jenjalan haha.

 Kalau pergi Goa Jomblang, memang akan kotor sebab semua jalan trekking berlecak and licin. Pakai baju sesuai. Boleh bawak torchlight kalau nak sebab dia tak provide and agak gelap jalan dalam gua, tapi ada je workers tolong suluh jalan. Kita bergerak dalam group tapi masa turun naik tali nak ke gua tu berdua-dua. Masa tu kita kan tergantung, sakit gila kat celah peha tu sebab safety harness punya pasal, be prepared la haha. Kalau tak nak sakit sangat, lipat lutut naik atas. Serious tak tipu, seksa weh hahaha.

 I suggest lepas Goa Jomblang, terus pergi Kalisuci for cave tubing. Dah kotor tadi kan? So kita cuci la sambil cave tubing tu haha. Lagi pun dua tempat ni nearby. Senang susun itinerary, pergi activity kotor and basah sekali jalan. Kalisuci air sungai cantik and clear, warna hijau biru.

 Kat Kalisuci, make sure pakai sandal/kasut yang sesuai untuk basah. Sebab before masuk sungai, kita ada trekking jalan berbatu dan bertangga banyak, nanti sakit kaki macam I, pandai sangat pergi kaki ayam hahaha. Habis cave tubing pun kena trekking sikit lepas tu naik tangga tinggi gila, 3 kali stop sebab penat haha. Make sure bawak baju tukar, boleh mandi and change kat sana after selesai activity.

 Boleh cuba ke Pantai Krakal atau Pantai Watukodok sebab view sunset memang cantik gila kat sini, and landscape pantai yang unik, tak macam typical pantai la.

 Recommended makan lobster kat area Pantai Timang. Ada satu tempat makan ni..dia macam dalam rumah. Murah la kalau nak compare kat tempat lain, sangat fresh dan sedap gila! Kalau tak nak tunggu lama, before pergi Pantai Timang, bagitau supir nak singgah order and cop lobster dulu takut habis (sebab lobster tak banyak kalau cuaca panas/air surut/bukan rainy season). Balik dari Pantai Timang boleh terus makan.

 Nak pergi Pantai Timang memang kena naik ojek (motorbike taxi) berbayar yang disediakan, jalan dia memang dahsyat berbatu, kau bergegar macam nak terkeluar segala isi dalam badan. Bumbum and belakang sakit gila. Jadi kuatkan semangat lah sebab jauh jugak, around 2-4km nak sampai Pantai Timang tu.

 Pantai Timang: Kalau naik gondola masa pergi, balik pun sama. Tak boleh pergi naik gondola pastu balik nak naik jambatan gantung tu and vice versa. Choose one or both. Boleh naik both tapi pergi balik kena ikut route yang sama okay.

 Kalau pergi Hutan Pinus waktu petang, around 3-4pm adalah okay. Balik before 6.30pm sebab dah gelap dan takde lampu ye kat situ.

 Pinus Pengger dan Hutan Pinus adalah dua tempat berbeza. To me, Pinus Pengger lebih worth it untuk dilawati sebab tempat dia lagi cantik (banyak prop) and ada lampu kalau dah gelap. Tapi dua tempat ni berdekatan dan basically memang dipenuhi pokok pinus. Tapi masih tak ramai tahu pasal Pinus Pengger ni.

 Kalau nak tengok sunrise kat Borobudur, waktu paling sesuai bertolak is 3am-3.30am (kalau korang stay area Jl. Malioboro – 1 jam masa perjalanan). Harga tiket Borobudur untuk sunrise tak sama dengan pergi waktu biasa, sebab lagi mahal. Takde student price for sunrise at Borobudur. Kalau pergi waktu opening hours biasa Borobudur, ada student price (please bawak ID and open your student portal for proof kalau pergi waktu biasa sebab dorang sangat strict). Tiket for sunrise at Borobudur hanya boleh dibeli through Manohara Hotel located just before Borobudur entrance. Surau pun disediakan, boleh solat dulu before naik, don’t worry, sempat je before sunrise. They will provide torchlight for each person. Jalan untuk exit Borobudur Temple memang kena pusing jauh nak ke entrance/tempat carpark.

 Mount Merapi elok pergi awal pagi sebab nampak volcano tu. Kalau dah nak tengahari, banyak awan lindung so tak nampak volcano. Harga pergi waktu biasa dengan sunrise lain tau, of course sunrise tour lagi mahal.

 Boleh singgah makan kat Restoran Bonda Merapi selepas Mount Merapi Tour. Makan sini murah and sedap. Recommended!

 Ada student price jugak kat Prambanan Temple, proses sama, tunjuk ID and buka portal student anda as proof. Tempat ni cantik untuk sunset. Tapi keluar dari kawasan temple sebelum gelap sebab jauh nak pusing and takde lampu. Dekat exit tu memang akan lalu deretan gerai makan and gerai souvenir. Harga macam biasa je, takde la murah sangat.

 Souvenir boleh beli kat Pasar Beringharjo, Jl. Malioboro. Macam2 ada kat situ, price boleh tawar, harga pun tak terlalu mahal. Tapi kalau nak beli kat tepi2 jalan or lorong2 kedai pun boleh. Price lebih kurang je.

 Bakpia adalah salah satu kuih traditional yang famous kat Jogja. Kalau pergi Jogja wajib beli ni. Ramai kata bakpia tepi jalan tak sedap and bakpia 25 yang sedap, tapi I tak try pun bakpia 25 sebab malas nak pergi kat tempat pembuatan dia. Kat sepanjang Jl. Malioboro tak nampak pulak yang jual bakpia 25 ni. So, I try bakpia tepi jalan je kat area Jl. Malioboro ada sorang makcik ni jual, sedap je. Serious. So kesimpulan nya ada je bakpia tepi jalan tu yang sedap, korang try la dulu, selalu nya dorang bagi try.

 If nak jimat cost, skip Kalibiru sebab sangat banyak fees, and mahal yang tak berbaloi. Boleh pergi tempat attractions lain yang ada props and view yang lagi cantik dengan fees yang jauh lebih murah/foc.

 Sila check weather di Jogja sebelum pergi/book tiket untuk mengelakkan musim hujan sebab nak jalan and amek gambar nanti pun tak best.

 Dekat Jogja ada atm Maybank, tapi at selected places (boleh tanya locals, I asked my supir to bring me there), so for Maybank users yang withdraw duit kat sana, takde extra charges.

 Airport tax included in flight ticket price.

Thank you for reading. Semoga perkongsian ni bermanfaat untuk semua!

Aisyah Liyana

Berhubung dengan penulis di :

Instagram

Youtube

Blog

Leave a Reply

Top