Ikon Travel Terkenal Israel Nas Daily Membuat Surat Terbuka Kepada Rakyat Malaysia

Ikon Traveller terkenal Nuseir Yassin atau lebih dikenali sebagai Nas Daily yang terkenal dengan video 1 minitnya harini tampil membuat surat terbuka di laman facebook beliau yang hanya boleh dibaca oleh pengguna Facebook Malaysia susulan beberapa videonya yang telah mencetuskan kemarahan rakyat Malaysia.



Di dalam status tersebut beliau menjelaskan yang beliau juga merupakan seorang arab kelahiran warga Palestin yang tiada unsur tersembunyi atau berniat untuk menyebarkan agenda Israel seperti yang didakwa oleh beberapa tulisan blog yang tersebar sebelum ini.

Beliau juga menjelaskan yang beliau tidak mempunyai niat untuk menyakitkan hati rakyat Malaysia didalam beberapa siri Vlog Singaporenya yang seolah memperlekehkan pemandu Malaysia. Beliau juga menyatakan yang Misscommunication berlaku kerana beliau tidak dapat berjumpa dan memperkenalkan dirinya sendiri kepada rakyat Malaysia. Hal ini kerana kerajaan Malaysia yang tidak membenarkan pemegang passport negara Israel untuk memasuki Malaysia.

Berikut merupakan screenshot status yang dimuat naik di laman Facebook beliau. Apa kata anda ?

 

 

Itinerari dan Tips travel HANOI – SAPA -NINH BINH – HALONG BAY Vietnam 7 Hari 6 Malam

Top