You are here
Home > MALAYSIA > Hampir dipukau di KLIA2

Hampir dipukau di KLIA2

Berikut ialah catatan saudara Harry Lautner di laman facebook beliau mengenai pengalaman beliau hampir dipukau di KLIA2

Saya hampir di pukau di KLIA2 , jam 630pm tadi , berhadapan KFC berhampiran pintu masuk ke Departure Hall .

Sehingga detik ini Saya masih mengigil dan saya perlu hebahkan hal ini untuk berkongsi sebagai peringatan buat semua.

6.30pm saya sedang berjalan menuju departure entrance , betul betul depan KFC , tiba tiba lengan saya sebelah kanan di sentuh orang dengan agak kuat, dan ianya seorang lelaki agak berumur,

Details :

1. Lelaki dalam tinggi 5 kaki setengah
2. Umur lingkungan 50an
3. Seorang dan menarik Bag
4. Pakai baju t shirt dan blazer
5. Loghat Indonesia / sarawak

Selepas pegang lengan saya , saya terus pandang dia dan dia terus cakap

“ Pak cik nak tunggu kawan , kami nak ke Sabah “

Dan Serta Merta saya rasa pening , rasa macam blur dan saya rasa seperti berjalan dlm air, langkah semakin perlahan . Saya dapat rasa this is very wrong ( rasa mcm kena bius masa nak buat operation Perut dulu , rasa sejuk , rasa mcm tak dengar suara org lain , Cuma dengar suara dia aja )

Anak haram tu terus cakap , mari kita berbual kat tepi sana , saya dapat rasa yang saya ikut dia Sampai betul betul pintu nak masuk departure entrance .

Saya paksa diri saya dan fokus dan keep telling myself this is wrong this wrong this wrong . Saya terus lupa al fatihah , lupa ayatul Kursi .

Saya Cuma paksa diri stay fokus dan beristigfar dan Tarik nafas dalam2 sebanyak mungkin .

Saya pandang muka org tua tu betul2 tepat pada mata dia dan bercakap dlm hati “ Aku tau apa yg Kau buat dan Cuma mampu sebut allahukakbar.

Dan saya dapat rasa saya mcm terlerai dari Sarang labah labah .

Saya terus lari ke tempat printing ( ada kedai printing ) , saya masuk kat situ dan terus saya mengigil dan rasa nak jatuh . Staff di kedai printing tu terus suruh saya duduk dan bertenang, saya cakap apa yg terjadi, budak tu cakap abang kena pukau check barang barang abg.

Saya Check dan Alhamdulilah,Allah maha besar melindungi saya dari musibah.

Saya nak buat report tapi saya boarding jam 710pm dan kesuntukan masa . Saya terus stop Kan seorang polis wanita dan mencerita Kan kepada beliau. Beliau mengambil sedikit details ringkas.

PESANAN SAYA :

Sekiranya anda travel sorg2 di airport hati2, saya rasa mereka ni akan attack org yg single traveller. Saya tak henti2 bersyukur kerana terlepas dari musibah itu . Syukur kerana saya mampu fokus dan kuat.

Leave a Reply

Top