You are here
Home > Don't Miss > 11 Destinasi Mengundang Sakaratulmaut buat Pelancong

11 Destinasi Mengundang Sakaratulmaut buat Pelancong

Ini adalah senarai tempat paling mencabar dan berbahaya di dunia. Jika anda memang penagih cabaran dan situasi yang merapatkan anda dengan maut, maka ini adalah tempat yang patut anda tujui, jika sebaliknya, pergilah ke Danok sahaja, makan daging bakar.

1.Death Valley, Amerika Syarikat

Nama pun dah gerun. Lembah kematian. No, ini bukan Lembah Klang yang masalah paling besar anda kena hadapi di sana adalah kesesakan jalan raya. Ini Death Valley yang juga boleh dikenali sebagai oven terbesar di bumi ini. Gurun yang mengagumkan ini pernah mencatat rekod suhu tertinggi di planet kita iaitu 56.7°C. (Untuk pengetahuan anda, suhu tertinggi pernah dicatat di Malaysia adalah 40.1 °C di Chuping Perlis, itupun dah boleh buat rasa nak mati duduk dalam rumah). So tak kira betapa sadonya anda, tanpa bekalan air, anda hanya boleh hidup selama 14 jam sahaja di Death Valley ni sebelum dijemput Ilahi.

2. Gurun Danakil, Eritrea

Ni macam sepupu kepada Death Valley la. Mungkin dia baik sikit sebab suhu dia selalu mencapai 50°C saja. Persekitaran dia pun tak la brutal mana, cuma ada beberapa gunung berapi aktif dan sebilangan geyser yang menyemburkan gas-gas toksik. Hang kata hang power, so apalah sangan gunung berapi dan gas toksik kan? Kahkahkah. Kebanyakan orang melabelkan Gurun Danakil sebagai “Neraka Dunia”. Meh, you don’t say la. Namun ianya masih menarik perhatian ramai pengembara berhati kering dari seluruh dunia. Namun begitu, harus diingat, melawat Gurun Danakil tanpa pemandu arah yang berpengalaman adalah dilarang sama sekali.

3. Gunung Washington, Amerika Syarikat

Sumber Foto

327 km/j. Kencang tu. Myvi pun paling laju berapa? 200-220km/j? Ini kalau member hang jenis sembang kencang dengaq pun jeles ni. Namun begitu angin yang kencang bukanlah satu-satunya masalah di kawasan ini. Suhu dinginnya juga boleh jatuh sehingga -40°c dan salji tebal membuatkan Gunung Washington sebuah kawasan yang amat berbahaya. So kalau suhu aircond 16°C pun dah terkencing, jangan sembang lah nak jejak kaki ke gunung ni. Walau dengan ketinggian 1 917m sahaja, puncak gunung Washington masih dianggap mencabar kerana tekanan yang diterima oleh tubuh badan manusia di atasnya sama seperti tekanan yang diterima oleh mereka yang berada di puncak gunung Everest.

BACA JUGA GADIS INI MENGEMBARA KE EROPAH DENGAN HANYA RM3000

4. Gunung berapi Sinabung, Indonesia

Sumber Foto

Seriously bro, nama pun gunung berapi. Gila tak bahaya? Terletak di kepulauan Sumatera, Indonesia, gunung berapi aktif ini telah meletus berkali-kali. Meninggalkan mangsanya tanpa perlindungan dan tempat tinggal. Bandar dan perkampungan berdekatan telah beberapa kali dilitupi debu dan lava dari gunung ini. Letusan terkini berlaku pada 27 Februari 2016. Letusan itu telah menghasilkan ‘awan maut’ yang mengandungi gas toksik,batu dan debu setinggi 2500 meter.

5. Iha da Queimada Grande (Pulau Ular), Brazil

No, no, ni bukan nama salah satu menu di Starbucks. Ni nama panjang bagi pulau ni. Memandangkan aku pun rasa susah nak sebut, jadi kita panggil sajalah pulau ni sebagai Pulau Ular. See bahasa Melayu is so easy and simple la. Brazil be like Iha dajkasfhasjfhaskfjQueimadadasd Grande. Kita, Pulau Ular. Simple. Ya lah, pulau, penuh ular, orang bangang saja yang kata tak bahaya. And pulau ni bukan dipenuhi sebarang ular. Tapi ianya dipenuhi ular yang katanya antara yang terbisa di dunia iaitu, Bothrops. Ular di pulau ni katanya ada dalam 5 ekor setiap meter persegi. Lepas kejadian pekerja rumah api kena serang dengan ular dan mati, rumah api di pulau tu sekarang ni dikendalikan secara automatik. Pihak berkuasa Brazil juga melarang mana-mana pelawat untuk menjejakkan kaki ke pulau ni. Cadangan aku, kita patut hantar bom nuklear ja ke pulau ni. Geli la geli!

6. Taman Negara Madidi, Bolivia

Sumber Foto

Sekali tengok, nampak indah. Kiranya snap la gambar dari angle mana pun di tempat ni dan post ke Instageram mesti dapat banyak likes dan comment-comment puji memuji sesama rakan taulan. Tapi itulah, tempat yang indah jangan disangka tiada sakaratulmautnya. Haaa, taman negara Madidi ni katanya dipenuhi dengan pelbagai fauna yang berbisa dan agresif. Kalau anda terkena pulak tumbuh-tumbuhan di taman negara ni, katanya akan menyebabkan kegatalan, ruam dan pening-pening yang teruk. Setiap luka, walaupun yang kecil pasti akan dijangkiti dengan parasit tropika. Fuhh, ngeri.

7. Valley of Death, Kamchatka, Russia

The Valley of Geysers , Kamchatka
Sumber Foto

Kalau Amerika ada Death Valley, Russia sebagai wakil dari blok komunis mestilah taknak kalah, so depa pun ada Valley of Death. Terletak di semenanjung Kamchatka, Valley of Death ini terletak berhampiran dengan Lembah Geyser. Gas toksik dalam ketumpatan tinggi di sekitar kawasan ini pastinya menjadi ancaman utama kepada apa-apa jenis kehidupan. Tumbuhan dan binatang katanya akan mati dengan cepat di kawasan ini manakala manusia akan cepat berasa sakit, demam, pening dan seram sejuk.

8. Bikini Atoll, Kepulauan Marshall

Jangan terkeliru dengan Bikini Bottom ya. Kian dilupakan di sebalik lautan yang luas, pulau yang kelihatan seperti syurga buat pelancong ini dipalit pencemaran radiasi akibat ujian bom nuklear yang dijalankan oleh Amerika Syarikat. Gila betui Amerika ni, suka-suka hati bom sana sini. Lebih dari 60 sesi ujian nuklear pernah dijalankan di sini, menjadikan pulau Bikini Atoll dicemari radiasi dan tidak boleh didiami. Penduduk di sini terpaksa meninggalkan rumah mereka dan catatan radiasi yang amat tinggi dan abnormal boleh menyebabkan kanser pada siapa yang melawat atau mendiami pulau ini.

9. Elephant Kingdom di Chonburi, Thailand

Di taman buaya Elephant Kingdom, Thailand pengunjung akan mendapat pengalaman yang menyeronokkan, atau erti kata lainnya gila, iaitu menjamu buaya dari atas rakit. Rakit yang dimaksudkan di sini bukanlah sebuah rakit yang kukuh. Rakit kayu yang dibina pondok kecil diatasnya akan membawa pengunjung ke tengah-tengah kolam yang dipenuhi buaya, dan disana pengunjung akan diberikan rod untuk meletakkan makanan untuk dijamu pada buaya. Ada sesetengah pengunjung juga gemar bergurau dengan mengacah-acah makanan pada buaya-buaya tersebut. Kena ngap sekali baru padan muka.

10. Gunung berapi Erta Ale, Ethiopia

Erta Ale at dawn

Sumber Foto

Terletak di rantau Afar, Ethiopia, Erta Ale adalah antara gunung berapi paling bahaya di dunia. Gempa bumi berskala kecil sering menggegarkan rantau ini macam Adam dan Stacy menggegar dunia. Gempa bumi mini ini mewujudkan banyak jurang-jurang yang amat dalam di sekitar kawasan tersebut. Hal ini terjadi kerana Erta Ale memiliki dua tasik lava di dalam kawah yang berada di puncaknya. Jumlah isipadu lava di dalamnya sentiasa berubah menyebabkan mukabumi di sekitar kawasan itu bergerak naik dan turun secara berterusan.

11. Tasik Natron, Tanzania

Sumber Foto

Lanskap di kawasan ni mungkin nampak cantik, menakjubkan dan asing. Tasik yang kelihatan kemerah-merahan jika dilihat dari udara adalah hasil dari kerak garam alkali di permukaan tasik tersebut yang begitu berbahaya hinggakan apa-apa yang bersentuhan dengannya akan mati di tempat kejadian. Atas sebab yang sangat jelas, aktiviti renang, memancing dan segala aktiviti air yang berkaitan adalah dilarang sama sekali di tasik ini. Dan bau sulfur hidrogen yang sangat kuat dari permukaan tasik itu takkan membenarkan anda menikmati pemandangan indahnya dalam masa yang lama.

BACA JUGA Catatan Kembara Jerman

Diterjemah dan digubah daripada Brightside.me

Injang Nation

InjangNation
Sehari selembar benang lama-lama menjadi Injang. Yang kurik itu kendi yang merah itu saga, yang haram itu Injang.
Top