You are here
Home > TEMPAT > ANTARABANGSA > Eksplorasi laluan sutera, Menjejak Wilayah Tak Diundang

Eksplorasi laluan sutera, Menjejak Wilayah Tak Diundang

TRAVELOG NISM: Menjejaki wilayah tak diundang, Eksplorasi laluan sutera

Tajuk yang saya pilih untuk artikel ini mungkin agak kontroversi, namun inilah yang saya alami sepanjang eksplorasi saya ke wilayah Xinjiang. Jangan khuatir jika anda berhajat ke Xian memandangkan bandar ini normal seperti bandar besar China yang lain.

Namun sebaik anda berhajat untuk melepasi batas Xian ke arah Inner Mongolia barulah tiba cabaran seperti yang saya alami.

Sepanjang eksplorasi kami di kawasan Xinjiang, sememangnya boleh dirasakan yang kedatangan pelancong asing tidaklah dialukan oleh pihak berkuasa China. Sekatan demi sekatan dan kawalan ketat di setiap pelusuk bumi Xinjiang mungkin boleh menyekat keseronokan anda apatah lagi jika setiap hari mendepani pihak polis dan SWAT. Saya akui ianya satu pengalaman yang unik tapi bukanlah secara berterusan. Mana tahu, dek kerana populariti saya dalam rekod polis di sini, kelak lebih mudah untuk pelancong Malaysia diterima di sana memandangkan hempas-pulas mereka untuk menguruskan pergerakan saya dahulu.

Hari 1: KL ke Xian

Saya tiba di Terminal Xian pada jam 11 malam dan bermalam di International Departure Hall bagi menjimatkan kos

Hari ke 2: Lawatan Singkat ke Bandar Xian, Xian – Urumqi

Memandangkan penerbangan ke Urumqi dijadualkan pada jam 7pm, saya memperuntukkan masa yang singkat untuk ke Muslim Quarter di Bandar Xian. Saya berkongsi teksi bersama pelancong lain bagi menjimatkan masa serta mengelakkan kerumitan dari segi komunikasi.

Muslim Quarter mulai aktif seawal jam 9 pagi. Makanan ruji dan cenderamata boleh didapati di sini dan saya meluangkan masa untuk melawat Great Mosque sambil mencuci mata melihat gelagat pengunjung di sini.

Memandangkan jarak Bandar ke Xian Airport agak jauh, pastikan peruntukan masa anda adalah betul Saya mengambil Airport shuttle bus dan bersedia untuk penerbangan seterusnya ke Urumqi
Penerbangan Xian ke Urumqi mengambil masa selama 3.5 jam. Pelan untuk bermalam di airport bertukar ngeri apabila kami dihalau keluar pada jam 2 pagi oleh pihak berkuasa. Cabaran pertama saya bila kena menunggu di luar airport sehingga jam 5.30 pagi pada suhu 6-8 darjah. Sebaik dibenarkan masuk semula, memang saya tidur senyenyaknya.

Hari ke 3: Urumqi – Kashgar

Flightpackers beraksi lagi!. Kali ini perjalanan cuma mengambil masa 2 jam untuk ke Wilayah Kashgar. Setibanya di Kashgar, saya memerhatikan perubahan mendadak dari segi demografi, adat, seni bina dan juga suasana kawasan ini. Segalanya nampak seperti di negara Arab. Setelah check-in, saya memulakan jelajah ke Masjid Id Kah. Namun hajat untuk bersolat di sini terpaksa dilupakan memandangkan wanita tidak dibenarkan bersolat di sini. Destinasi seterusnya adalah Old Town untuk melihat seni bina dan juga cara hidup masyarakat di sini sebelum saya kembali ke hostel untuk berehat.

Hari ke 4: Kashgar

Waktu pagi saya diperuntukkan untuk mencari tiket bas untuk ke Tashkurgan. Pelik bila ramai yang tidak mengetahui lokasi stesen bas ini. Dengan susah payah saya akhirnya tahu lokasi stesen bas ini namun hampir terpaksa mengubah pelan apabila disuruh berpatah balik oleh polis di salah satu checkpoint menghampiri stesen bas. Cuma tunjukkan ketegasan anda walaupun masing-masing tak dapat berkomunikasi dengan efektif dan saya selamat melepasi checkpoint. Namun 3 kali juga saya diberhentikan oleh pihak berkuasa sewaktu berjalan ke stesen bas yang berjarak baki 15 minit. Nasihat saya, BERTABAHLAH!

Memandangkan tiket bas hanya boleh dibeli apabila bas tiba, saya kembali dengan tangan kosong ke bandar Kashgar. Destinasi saya kali ini adalah untuk ke Abakh Khoja Tomb dan Grand Bazaar. Berpandukan arahan dari Tourist Centre, hajat untuk melihat persembahan tradisional pada malam hari hampir menjadi aktiviti clubbing apabila destinasi yang dimaksudkan adalah kelab malam. Ini yang berlaku apabila miscommunication. Bayangkan saya yang bertudung litup bersama bagpack dan berjinjingkan air mineral masuk ke kelab. Kelakar kan? Melawat pasar malam di sini sebelum kembali ke hostel untuk berehat.

Day 5: Kashgar to Tashkurgan

Awal pagi saya sudah bergerak semula ke stesen bas Kashgar. Kali ini perjalanan lebih lancar mungkin setelah kekecohan yang ditimbulkan semalam menjadikan mereka peka dengan ketibaan saya (hehehe). Kashgar International Bus Station merupakan projek gajah putih di sini barangkali memandangkan fungsinya yang terhad disebabkan kawalan ketat pihak berkuasa. Bayangkan cuma ada 4 orang yang menunggu bas ke Tashkurgan bersama seorang jurutiket untuk terminal 2 tingkat. Memandangkan bas tidak tiba seperti dijanjikan, saya meluangkan masa berjemur di bawah matahari sambil makan maggi dan berjogging. Dijamin selamat memandangkan kawasan parking yang kosong.
Hanya setelah menunggu selama 4 jam saya diberitahu yang bas penuh dan kami terpaksa menaiki teksi untuk ke Tashkurgan. Perjalanan mengambil masa selama 6 jam meredah Karakoram Highway yang menghubungkan China dan Pakistan. Saya tiba di Tashkurgan lewat petang dan terus check-in sambil menahan kesejukan.

Hari ke 6: Tashkorgan, Karakul Lake

Jalan-jalan di Tashkurgan sambil mencuci mata dengan pemandangan yang disajikan. Dalam jarak 15 minit dari pekan Tashkurgan terdapat lembah rumput bagi melihat gembala kambing beraksi. Kebanyakan masyarakat tempatan di sini merupakan dari suku kaum Tajik.
Petangnya saya bertolak ke Karakul Lake secara hitchike. Namun jangan bayangkan ianya percuma memandangkan sudah resam di sini untuk mengenakan bayaran. Sewaktu saya tiba di Karakul Lake, suhu adalah negative malah tasik juga separa membeku. Jadi sila ketapkan gigi dan bersedialah dengan mild altitude mountain sickness. Saya bermalam bersama masyarakat Kyrgyzstan di dalam yurt mereka di tepi tasik untuk malam ini.

Hari ke 7: Karakul – Kashgar; Kashgar – Kuqa

Tiba di Kashgar semula jam 1 petang dan saya terus ke train station untuk ke Kuqa. Tren dijadualkan pada jam 9 malam namun disebabkan masalah teknikal hanya tiba pada jam 12.30 pagi. Tidur nyenyak di sleeper coach

Hari ke 8: Kuqa

Sebab utama saya ke sini adalah untuk melawat Tianshan Mysterious Grand Canyon. Memandangkan kami tidak menjumpai bas ke sini, terpaksalah saya menyewa teksi dengan harga yang mahal. Sewaktu perjalanan pulang, teksi saya ditahan pihak berkuasa dan passport saya dipegang oleh mereka selama 30 minit. Memang detik yang menakutkan memandangkan masalah besar boleh berlaku jika passport kami tidak dipulangkan. Mujur saya mendapat semula passport saya dan juga dibelanja makan oleh pemandu teski yang teruja mendapat pelancong dari Malaysia.
Ingin menjimatkan kos perjalanan, saya memilih untuk menaiki bas ke Urumqi malam ini. Perjalanan mengambil masa 15 jam menggunakan sleeper bus dan agak menyeksakan hampir 5 checkpoint yang perlu dilalui sepanjang malam. Bayangkan dengan muka tak bermaya terpaksa turun bas dan menerangkan tentang passport saya dalam Bahasa Inggeris yang paling asas.

Tianshan Mysterious Grand Canyon, Kuqa, Xinjiang, China, Asia

Hari ke 9: Urumqi

Tiba di Urumqi! Suhu memang lebih sejuk berbanding Kashgar dan Kuqa. Saya hampir ditimpa masalah apabila hostel tidak menerima pelancong asing sebagai pelanggan atas arahan pihak berkuasa. Mujur saya terjumpa dengan satu lagi hostel yang tidak mengamalkan rule ini. Tidak melepaskan peluang ke Grand Bazaar dan mencari tiket bas untuk ke Burjin pada keesokan harinya

Hari ke 10: Urumqi to Burqin/Buerjin

Menaiki bas dari Urumqi ke Burqin selama 10 jam. Burjin tidak tipikal seperti bandar lain memandangkan senibinanya bercirikan Rusia dan juga Disneyland barangkali. Masyarakt di sini juga mempunyai ciri-ciri rupa Rusia dan Kazakh. Masalah bermula lagi apabila hotel 3 bintang dank ke bawah tidak dibenarkan untuk mengambil pelancong asing sebagai pelanggan. Untuk malam ini saya terpaksa memanjakan diri dan tinggal di Tourist Hotel Burjin sambil bergenangan air mata mengenangkan nasib.

Hari ke 11: Burqin ke Kanas

Sekali lagi saya terpaksa berbelanja lebih dengan menaiki teksi memandangkan peak season belum bermula dan bas masih tidak memulakan operasi ke Kanas Lake. Menangis lagi saya malam ini. Memilih untuk bermalam di Kazakh Guesthouse serta melawat beberapa kawsan cantik di sini. Terpaksa melupakan aktiviti trekking memandangkan salji masih tebal dan banyak jalan ditutup.
Hari ke 12: Kanas – Burqin – Urumqi
Hari ke 13: Urumqi
Tiba di Urumqi awal pagi. Berehat sebentar sebelum bersiar-siar ke lokasi pelancongan di sini.
Hari ke 14: Turpan
Menaiki CHR iaitu high speed train ke Turpan untuk ke Jiaohe Ruins. Sepanjang perjalanan melalui ladang anggur dan berpeluang menikmati buah lai yang baru dipetik dari ladang.
Hari ke 15: Urumqi – Xian – KL
Berakhirlah perjalanan saya di bumi Xinjiang

Nota tambahan:

1) Security yang sangat ketat di Xinjiang kerana Xinjiang adalah antara kawasan yang ada banyak konflik di China. Ala-ala Kashmir di India. Polis ada di mana-mana sahaja. Jangan pelik kalau tiba-tiba ada polis datang menghampiri dan menyoal anda. Saya pernah ditahan beberapa kali dengan pasukan SWAT ketika berada di kawasan Kashgar International Bus Station. Mereka akan periksa passport dan rekod perjalanan anda dalam passport. Tambah-tambah kalau anda kelihatan seperti orang Pakistan lagilah kerap kena tahan dengan polis. Urumqi lebih okey mungkin sebab ada ramai tourist berbanding dengan Kashgar yang kawalannya lebih ketat.

2) Ada banyak checkpost di Xinjiang. Kalau anda travel by road bersedialah untuk mengadap banyak checkpost. Even orang local pon kena check, tambah-tambahlah kita yang foreigner ni. Di setiap checkpost, berbeza procedure. Ada yang kena tunjuk passport sahaja. Ada juga kena bawa turun beg dan scan beg. Ada juga yang lama tersangkut di checkpost. Tak tahulah apa yang polis tulis, siap kena ambil gambar sambil pegang passport. Macam ala-ala banduan pun ada.

3) Tapi anda jangan risau sekiranya anda pemegang passport Malaysia. Polis yang awalnya kelihatan garang akan berubah menjadi mesra apabila tahu anda dari Malaysia.

4) Anda akan terasa seperti artis di Kashgar dan di bandar-bandar kecil. Semua orang akan melihat anda seperti anda datang dari planet lain.

5) Majoriti orang di sini orang Uyghur yang beragama Islam. Mereka bercakap bahasa Uyghur. Selain itu ada juga orang Tajik, Kazakh, Kyrgyz dan Han.

6) Kebanyakan makanan halal. Makanan packed pon ada tanda halal. Memang heaven bila boleh cuba semua makanan.

7) Security check di mana-mana sahaja seperti di railway station, bus station, shopping complex, BRT, airport dan lain-lain. Nasib baik dekat toilet tidak ada.

8) Kalau nak masuk railway station je ada 3 security check. First, general security check. Second, ticket hall security check. Third, security check masa nak berlepas naik train.

9) Security check di airport. Bersedialah untuk dapat free massage. Badan anda akan diperiksa dengan sangat terperinci.

10) Ada security check di airport/ checkpost/ railway station di sesetengah tempat di Xinjiang yang minta anda menanggalkan tudung. Pandai-pandailah bagi alasan. Ada mungkin tidak dapat terima alasan anda, dan berkeras meminta anda menanggalkan tudung.

11) Masalah utama ialah komunikasi. Semua tulisan hanya ditulis dalam bahasa Uyghur(tulisan jawi) dan tulisan cina. Sila download google translate offline untuk bahasa cina. Tapi walaupun guna google translate orang di Xinjiang ada yang tidak boleh baca bahasa cina. Gunakan kreativiti melukis kalau tidak paham juga.

12) Xinjiang terletak berhampiran dengan sempadan negara Pakistan, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Mongolia, dan Russia. Anda dapat tengok variety of faces yang unik.

13) Banyak pengaruh Arab di sini.

14) Local bus hanya 1Y setiap kali naik. Gunalah local bus, sangat menjimatkan. Sediakan duit kecil sebelum naik. Nak pergi mana sila tanya driver. Biasanya mereka tidak faham sebutan kita Oleh yang demikian, silalah tulis tulisan cina.

15) Harap pejam mata bila nak ke public toilet. Nak tahu macam mana public toilet di sana, sila google. Kalau pergi kawasan kampung atau duduk di yurt, toilet tiada. Pandai-pandailah survive.

16) Harga tiket train (hard sleeper) lebih kurang harga sama dengan harga flight ticket. 30 jam naik train atau 3 jam naik flight? Mana satu pilihan anda?

17) Travel by train lebih selesa dari travel by bus. Tidur anda tidak akan diganggu dan harga pun lebih kurang je

18) Kebanyakan masjid tiada ruang solat untuk perempuan.

18) Sila cari tourist service centre kalau ada sebarang kemusykilan. Biasanya di sini ada english speaker.

Terima kasih kerana sudi membaca.
Travel costing akan saya share dalam post akan datang. Stay tune!

FB: intan suraya soheimin
IG: intans999
Blog: http://intans999.blogspot.my/?m=1

Top