You are here
Home > TEMPAT > ANTARABANGSA > Pasangan Berhenti Kerja Dan Menjual Segala Harta Mereka Untuk Travel Ke Seluruh Dunia

Pasangan Berhenti Kerja Dan Menjual Segala Harta Mereka Untuk Travel Ke Seluruh Dunia

Clare Fisher dan suaminya Ian Fisher mengambil keputusan meletak jawatan untuk mengelilingi dunia bersama 2 orang anak mereka Kallan 5 dan Maddison 3 tahun. Clare yang bekerja sebagai penasihat perniagaan manakala Ian yang bekerja dalam bidang media membuat keputusan tersebut setelah kematian 2 orang kenalan rapat yang menyedarkan mereka bahawa kehidupan terlalu pendek, lalu mengambil keputusan untuk menjual semua barangan peribadi mereka untuk melancong mengelilingi dunia.

Fisher sekeluarga lebih dikenali di Instagram sebagai @traveltheworldwithfamily telah merancang perjalanan sepanjang 8 bulan yang bakal bermula pada penghujung tahun ini atau awal tahun hadapan. Negara yang bakal mereka lawati sepanjang 8 bulan tersebut ialah Majorca, Thailand, Vietnam, Kemboja, Malaysia, Filipina, Indonesia, Sri Lanka, New Zealand, Australia dan Fiji.

Menurut Clare, sudah menjadi tradisi mereka sekeluarga akan melancong sekurang-kurangnya 3 kali dalam setahun bahkan mereka baru saja pulang dari Dubai. Melancong benar-benar membahagiakan mereka sekeluarga, bahkan mereka tidak merancang untuk pulang sepanjang 8 bulan nanti. Selepas 8 bulan, mereka akan pulang bertemu sanak saudara dan rakan-rakan dan seterusnya akan meneruskan pengembaraan mereka.

Foto :Clare Fisher

Disamping menjual kesemua barang kepunyaan mereka, dari kereta sehinggalah beg tangan, Fisher merancang untuk membeli Macbook Pro dan Go Pro bagi memudahkan mereka merekod perjalanan mereka di Instagram dan Youtube kelak. Menurut Clare, dia ingin mengelilingi dunia dan telah memaklumkan kepada keluarga terdekat bahawa mereka mungkin tidak pulang bahkan akan menetap di tempat yang paling digemari mereka.

Clare menambah, sekiranya wang mereka tidak mencukupi sepanjang perjalanan, mereka akan bekerja, bahkan itu tidak menjadi masalah bagi Clare yang sememangnya bekerja dari rumah. Dia juga percaya sokongan dari orang ramai yang akan menonton dan mengikuti perjalanan mereka akan membantu perjalanan mereka kelak.

Fisher sekeluarga merancang untuk menjadi sukarelawan di negara-negara yang bakal mereka lawati kerana bagi mereka apalah guna melawat ke negara-negara luar tanpa membantu mereka yang benar-benar memerlukan. Tambahan pula, ini dapat mendedahkan anak-anak mereka dengan sifat saling bantu-membantu sedari kecil lagi. Selain itu, Ian dan Clare akan mengajar sendiri anak-anak mereka berpandukan silibus kurikulum sekolah serta berpandukan laman web sekolah.

Menurut mereka, setakat ini mereka telah mendapat penajaan dari beberapa buah syarikat seperti Holiday Safe Travel Insurance dan sedang dalam perbincangan bersama beberapa syarikat berjenama lain. Mereka juga telah dilamar beberapa syarikat produksi yang berminat untuk memfilemkan pengembaraan mereka.

Ikuti perkembangan mereka di facebook page : Travel The World Family

Leave a Reply

Top