Catatan dan Itinerari trip Korea Selatan Tanpa Tour Guide ( Secara Backpacker )

Catatan trip ke Korea Selatan Farahin (@frh7_) yang Backpacker ke Seoul Korea Selatan selama 5 hari dan 4 malam disana. Semoga perkongsian ini dapat manfaat buat semua.

Tiket flight termurah ke Seoul, Korea Selatan

Departure date Return date Stops Airlines Find Ticket

05.09.2019

06.09.2019

Direct

Tickets from 805

29.03.2019

03.04.2019

1 stop

Tickets from 1 028

31.01.2019

06.02.2019

2 stops

Tickets from 1 506

Hari Pertama sebaik sampai airport Seoul, Korea Selatan aku terus naik train sampai ke seoul station then tukar train ke sinseoldong station. Ada train dan station yang klasik, jalan rasa macam zaman dulu dulu. Bila train nak sampai aku asyik dibuai satu muzik yang comel.

Aku terus check in di Guesthouse aku yang terletak dekat dengan Sinseoldong Station (exit 1). Nama guesthouse dia Dongdaemun Guesthouse, bersih dan selesa. Ada dua tingkat guesthouse tu. Memang ramai pelancong dari nusantara. Jadi macam tak asing rasanya duduk kat situ. Korang boleh jumpa guesthouse ni dekat Booking.com



Booking.com

Malam pertama di Seoul kitorang ke Cheonggyecheon Stream, Kita orang guna google maps untuk ke stream dari Jongno 5 (o) ga station. Stream ni sepanjang 10.92km so tak hairan lah kkalau ada orang bagi arah lain lain. Banyak je station yang berdekatan dengan stream. Boleh refer map di bawah ya :

Sinseoldong station (line biru pekat) à hoegi station (tukar ke itx train)à gapyeong station

Sampai Gapyeong Station, tunggu dekat Bus, nampak bus aku terus tanya pergi Bas ke Nami island ke sebab ramai je naik bus tu kan. Then dia kata ya ( Gaya Pak Munawir dalam zombi kampung pisang ) so naik terus. Bayar 6k won ( tiket seharian ) so jangan hilangkan, nanti balik tunjuk je tiket bus tu. Tak perlu bayar tiket lain dah. Kalau nak beli awal korang boleh book di Klook.

Last bus tak silap pukul 6.10pm. Tapi ada je taxi kalau korang nak naik taxi , rasanya taxi lagi murah kalau korang ke nami je tak pergi tempat lain. Sebab haritu terserempak dengan tourist lain dia ajak naik taxi sekali sebab kalau tongtong dapat murah kan. tapi time balik malas lah nk keluarkan duit lagi, baik tunggu bus sebab dah tiket bas tadi.

Kalau korang yang jenis minat bunga bunga ni boleh la ke Garden of The Morning Calm naik shuttle bus, cantik tempat dia. Kami tak sempat nak pergi 🙁

Berbalik pada Nami island, tiket nak masuk sekali ferry bukan lagi 8k won tapi 10k won . ada sikit gambar HAHA ke masa atas ferry , atas pulau nami dan sewaktu dengannye. Kalau taknak pergi naik ferry ada ja cara lain iaitu naik skyline zipwire/flyingfox . Nampak menarik kan tapi harga menarik jugak dalam 44k won.

Tiket flight termurah ke Seoul, Korea Selatan untuk tahun 2019

Airlines Departure date Return date Airlines Find Ticket

Vietnam Airlines

21.11.2018

26.11.2018

Tickets from 1 100

Vietnam Airlines

26.12.2018

04.01.2019

Tickets from 1 280

AirAsia X

30.01.2019

05.02.2019

Tickets from 1 110

Vietnam Airlines

13.02.2019

20.02.2019

Tickets from 1 054

Vietnam Airlines

29.03.2019

03.04.2019

Tickets from 1 028

AirAsia X

27.04.2019

06.05.2019

Tickets from 968

AirAsia X

09.05.2019

15.05.2019

Tickets from 811

Vietnam Airlines

02.06.2019

08.06.2019

Tickets from 1 062

AirAsia X

08.07.2019

13.07.2019

Tickets from 921

AirAsia X

05.09.2019

06.09.2019

Tickets from 805

Malaysia Airlines

01.10.2019

10.10.2019

Tickets from 1 120

Tapi rugi aku satu ja, sebab ter naik shuttle van pusing pusing nami. Kalau naik van ni dia cakap fully korea memang tak faham tapi kalau tak larat nak jalan naik la ni dan if korang pandai Bahasa korea lagi best. Boleh jugak kalau nak naik train kat Nami island tu tapi train dia tak cover satu Pulau Nami. Tak silap separuh nami je. Nak lagi best korang jalan jelah pusing Pulau Nami tu.

Hari ketiga kami pergi Ewha Womans University di Ewha Station keluar exit 2/3 pastu jalan terus je dan jumpa terus university tu. Dah habis pusing satu university, kami pergi ke Sinchon Area memang boleh la kalau nak shopping baju yang ala kpop gitu tapi harga quite pricey. Tempat dia lebih kurang macam jalan tar la..apa yang aku gemar betul kat sini ialahh stocking dia sebab harga 1k won je sepasang. Nak pergi sini jalan kaki je dari Ewha. Pastu terus jalan kaki ke Hongdae cari makan and cuci mata lagi.

Waktu dekat Ewha, ada terjumpa dua orang lelaki Malaysia, sempat lah bersembang.. diorang ada bagitahu satu info tentang scam di Dongdaemun design plaza, diorang perhatikan ada satu group yang akan aimed tourist untuk culture event diaorang kat situ, meaning diorang akan bagi pakai baju hanbok free so mostly tourist akan tertarik tapi dah selesai pakai diorang mintak derma. bila dah bagi sekeping duit, diorang cakap kalau bagi sekeping macam tak elok so kena bagi more than sekeping. Padahal tadi kata nak bg pakai free, bila dah pakai patutnya derma se ikhlas hati lah kan? im not very sure pasal culture sana tapi ni mcm scam je, correct me if im wrong?. so kena hati hati lah.

Dah habis jalan terus peri ke Yeongbokgung Palace di Gyeongbokgung Station (line oren) exit 5 jalan terus nampak Palace. Fees nak masuk dalam palace 3k won and sewa baju tradisional korea (hanbok) boleh dapatkan kat luar palace. Harga sekali sewa 10k won.

Habis kat Palace kami jalan kaki ke Insadong untuk beli souvenir. Dah habis ke Myeondong pulak. Myeondong ni syurga kosmetik dan skincare. Boleh la habis kan duit kat sini hahaha. makanan halal pun banyak jumpa kat sini. Kalau nak pergi le Myeondong boleh berhenti di Euljiro 1 (il) ga exit 6.

Senari Hotel Murah Seoul Korea Selatan

Hotel Stars Discount Price per night, from Choose dates

Hotel Skypark Central Myeongdong

★★★★

-24%

457344

View Hotel

Summit Hotel Dongdaemun

★★★★

-7%

424395

View Hotel

Hotel Prince Seoul

★★★

-24%

436331

View Hotel

Hari keempat kami ke itaewonn. Tujuan adalah untuk pergi Seoul Central Mosque dan cari halal food! sini memang banyak halal food. Mart yang jual halal food pun ada, restaurant. Siap pasang lagu zamani lagi.

Lepas jalan jalan di itaewon, kami ke Hanok Village. Memang lawa tempat dia. Sebenarnya dari Palace Gyeongbokgung dah dekat nak g Hanok tau. So depends pada korang nak aturkan perjalan korang macam mana ya. Kalau korang nak sewa hanbok kat sini pun ok bergambar dengan hanbok kat sini. Harga pun sama ja 10k won..

Hari kelima cuma ke lotte outlet then prepare untuk fly ke rumah semulaaa. Macam macam experience yang aku dapat time di korea. Inii yang rasa nak pergi travel lagiiiiii nak cari pengalaman. Submit artikel korang ke editor@travel.my

Baca Juga Cara Memilih Hotel Ketika Travel

Leave a Reply

Top