You are here
Home > Editor Picks > 5 Tip ‘Survival’ Menaiki Overnight Bus Di Vietnam

5 Tip ‘Survival’ Menaiki Overnight Bus Di Vietnam

Dari utara ke selatan, atau sebaliknya, inilah laluan backpackers yang menjangkau keseluruhan panjang negara Vietnam. Masa tu, para pengembara mesti tertanya-tanya transportation manakah yang lebih ideal, overnight bus atau sleeper train, yang mana setiap perjalanannya pasti mengambil masa antara 8 ke 15 jam atau lebih.

Antara laluan perjalanan saya yang memakan masa semalaman;
  1. Hanoi ke Sapa (12 jam dengan bas)
  2. Hanoi ke Hue (13 jam dengan train)
  3. Hoi An ke Saigon (17 jam dengan bas)

Nasihat saya? Naiklah train. Ya, memang jarang saya syorkan option yang lebih mahal, tapi pada pengalaman saya, overnight bus agak mengerikan. Bagi saya, perjalanan menaiki train adalah lebih smooth, saya boleh katakan juga perjalanannya lebih selamat, walaupun sometimes boleh mengambil masa yang lebih lama daripada bas. Biasanya lokasi stesennya juga lebih jauh sedikit daripada jalan utama, dan kosnya juga a bit higher. Maka tak hairanlah ramai backpackers memilih bas instead of train, termasuklah saya, kerana sebab-sebab diatas. However, ada juga orang yang tak kisah dengan kos, tapi saya kisah, haha! Jadi, kalau korang nak gunakan bas, ini 5 tip dari saya untuk membuat perjalanan kita lebih menyenangkan.

BACA JUGA : Meneroka Kayangan Vietnam


Bas Hanoi – SaPa


Train dari Hanoi ke Hue

1.Jangan minum banyak air sebelum departure.

Sounds dumb, tapi saya dah alami. Saya minum air sebanyak yang saya mahu semasa dinner, langsung tak fikir tentang bas yang akan bertolak pada pukul 6 petang dan akhirnya, saya tak dapat pergi buang air sehingga 10.30 malam! Dengan bas yang tiada tandas, saya perlu menunggu sehingga driver berhenti di perhentian yang ditetapkan. Ada juga dalam kes lain, kalau driver tu nak buang air, dia akan simply berhenti di tepi jalan dan masa tu lah semua lelaki akan berpusu-pusu turun sama untuk buang air, ditepi bukit atau gunung. Haha! Tapi ia sememangnya sukar bagi kaum wanita. Kalau berhenti di tempat yang sepatutnya pun, adakalanya, toilet di tempat perhentian tu pathetic, tiada tisu tandas, tiada air, kadang-kadang lampu pun tiada. Jadi kalau korang nak travel overland tu, sediakan hand sanitizer.
Tidak semua bas mempunyai tandas
2.Standby ubat/pil mabuk.
Ramai orang kata, perjalanan yang paling teruk adalah perjalanan bas dari Hanoi ke Sapa. Perjalanannya melalui jalan pergunungan yg bergulung dan berlopak, dan kita terpaksa terus berbaring sebab tidak ada ruang untuk kita duduk. Jadi telanlah sebiji dua pil mabuk, ia pasti akan menghilangkan mabuk dan membantu kita untuk tidur. Begitu jugalah kalau kita menaiki bas ke Dalat. Sebaiknya cuba dapatkan bottom bunk supaya kita tidak tercampak ke kiri dan kanan teruk sangat. haha! Dan dalam masa yang sama kita boleh stretch down kaki kita ke lantai jika perlu.
P.S. Sebenarnya ada laluan lebih teruk dari HanoiSapa iaitu laluan Son LaPhu Yen.

4. Bawa/beli sleeping bag.

Jika kita duduk di katil paling belakang, kita mungkin akan berkongsi selimut dengan strangers. Adakalanya selimut tu buruk dan tak dibasuh, tapi seburuk-buruk selimut tu, kita tetap perlukan juga sebab angin aircond yang leak dari celah-celah blower tu buat kita sejuk. Haha! Jujur saya katakan, Saya pernah tengok ada lipas dalam salah satu perjalanan saya. Jadi dengan adanya sleeping sheet atau selimut sendiri, kita lebih selesa dan puas hati!

4.Stand up for yourself
Kita dah book dan bayar tiket, tapi sesetengah pemandu bas tak mahu bagi kita masuk ke dalam bas. Bunyinya gila, tapi memang ada berlaku. Saya dah lihat. Pemandu, terutamanya sebelum bas departure, cuba untuk minta sedikit duit dengan randomly minta pada sesiapa saja untuk pay directly to him. Maybe pihak hotel atau pengusaha perlancongan bayar depa sikit, sebab tu lah depa buat macam tu kat tourist asing. Mungkinlah. Jadi kalau berlaku kat kita, kita perlu tegas, suruh depa call ticket agency yang kita book tu kalau depa ada masalah dengan tiket kita. Kalau tak, melayang la duit kita….
Adakalanya, bila kita berada di dalam bas, satu lagi masalah adalah pemandu dan pembantu cuba untuk suruh foreigners pindah ke bunks paling teruk (contohnya bunks tingkat atas, atau tempat yang aircond nya leaking, ataupun ada juga disuruhnya pindah ke tempat yang paling dekat dengan enjin) supaya depa boleh beri local people tempat tidur yang lebih baik. Cara untuk menangani depa ni adalah jangan layan sama sekali. Kita dah bayar tambang yang sama seperti orang lain, jadi kita ada hak untuk pilih tempat yang kita mahu. So, buat tak tahu dan jangan layan, dan jangan bergerak. Lama kelamaan depa mesti beredar. Hehe.
Bas inilah yang saya lihat pemandunya meminta duit tambahan daripada pelancong-pelancong yang ‘lurus’.

 

BACA JUGA Sisi Gelap Airbnb

5.Jangan fikir yang bukan bukan
Saya tahu, ada cerita-cerita buruk tentang bas di Vietnam, tapi angka kemalangan untuk overnight bus adalah rendah. Walaubagaimanapun, risiko tu pasti sentiasa ada. Jika anda mahu baca cerita-cerita yang kurang enak tentang bas di Vietnam, anda boleh search Google, “Nightmare Bus Vietnam“. (Tidak digalakkan)

    Dengan tempat duduk yang sesempit ini, perjalanan yang menempuh beratus selekoh di kawasan pergunungan memang mampu menjatuhkan kita ke bawah sekiranya kita mabuk. Hehe
At the end of the day, inilah satu gamble yang kita ambil bila kita menggunakan mana-mana pengangkutan dalam dunia ni. Tahu tentang alternatif, pros & cons, dan perbandingan harga adalah penting sebelum kita decide to jump on board. Secara keseluruhannya , saya telah mengambil 5 overnight bus sepanjang pengembaraan saya di Vietnam dan yeah, saya survive. Alhamdulillah. Walaubagaimanapun, saya mungkin tidak akan melakukannya lagi kalau perjalanan itu melibatkan jalan-jalan di kawasan pergunungan!


FOLLOW FACEBOOK KAMI : TravelsiaMY untuk berpeluang memenangi tiket penerbangan percuma

SharifuddinLennon
Not a good photographer Malaysian traveler

Leave a Reply

Top