You are here
Home > Editor Picks > 4 APPS TRAVEL WAJIB BAKAL ANDA GUNA DI TAHUN 2017

4 APPS TRAVEL WAJIB BAKAL ANDA GUNA DI TAHUN 2017

1. Airhelp

Aplikasi ini diwujudkan berikutan kejadian kes penerbangan ditangguhkan, batal dan terlebih tempah dalam industri penerbangan ini tidak dituntut kerana pelancong tidak tahu hak mereka atau kerana rumit untuk memfailkan saman bagi tuntutan gantirugi.
Aplikasi ini memerlukan beberapa langkah untuk anda lakukan dan mendapatkan anggaran pampasan yang bakal diperolehi.
AirHelp telah membantu 2 juta pelanggan semenjak ditubuhkan pada 4 tahun yang lepas.

2. Freebird

Aplikasi ini memberi jaminan tiket penerbangan baru tanpa perlu membayar kos – kos tambahan. Pelancong atau pelanggan yang mempunyai tujuan penerbangan yang kukuh seperti menghadiri perkahwinan, mesyuarat, kematian, lain – lain urusan penting dan pelancong yang telah membayar penuh pakej tour, travel, hotel adalah sangat sesuai menggunakan servis FreeBird bagi mengelakkan kerugian masa dan wang ringgit yang besar.
Jika penerbangan anda tertangguh atau batal, anda boleh terus membeli tiket ke destinasi yang sama dengan mana – mana syarikat penerbangan pada masa yang anda inginkan dengan zero kos.

Baca juga Semporna Syurga Dunia

3. Locuslabs

Lapangan terbang seluruh dunia kelihatan bertambah sibuk dan canggih akibat peningkatan permintaan dalam sektor penerbangan. Semestinya anda pernah tersesat di lapangan terbang yang pertama kali anda jejaki.
Aplikasi ini bertindak seperti GoogleMaps tetapi navigator yang ditawarkan tertumpu pada lapangan terbang. Dengan hanya membuat carian di aplikasi ini, anda dapat tuju ke tempat yang anda inginkan di dalam lapangan terbang sekaligus menjimatkan waktu dari dibazirkan untuk mencari tempat tersebut seperti mencari mesin ATM, tempat tukaran wang asing, kedai membeli belah, tandas dan sebagainya.

4. Travefy

Bagi anda yang gemarkan travel tetapi tiada masa untuk merangka itinerari yang lengkap dan padat, aplikasi ini adalah yang terbaik. Aplikasi ini memberi rangkaan itinerari bagi tempoh percutian anda dari lokasi yang harus dilawati, transportasi, juga penginapan dalam tempoh 30 minit sahaja.

Kesemua aplikasi ini meluas digunakan di Eropah dan Amerika Syarikat dan dijangkakan akan berkembang ke seluruh dunia pada tahun 2017. Ingin jadi yang pertama merasai kemudahan aplikasi ini?

GADIS INI TRAVEL KE EROPAH DENGAN HANYA RM3000 Backpacker Ke Eropah Secara Cheapskate

Backpacker Ke Eropah Secara Cheapskate

Muz Hanafi

Leave a Reply

Top