You are here
Home > Don't Miss > 10 Tips Guna Penginapan Percuma Couchsurfing!

10 Tips Guna Penginapan Percuma Couchsurfing!

Mungkin ramai yang pernah dengar tentang aplikasi sosial Couchsurfing yang memberikan perkhidmatan dan penginapan antarabangsa percuma kepada pengembara di luar sana. Ramai yang memilih Couchsurfing bukan semata-mata tiada cas servis, tetapi untuk menyelami gaya hidup dan budaya masyarakat tempatan dengan lebih dekat. Saya sendiri sebagai “Host” dan “Couchsurfer” akan memberikan anda 10 tips untuk menggunakan aplikasi ini  dengan baik.

Lebih 10 juta pengguna couchsurfing seluruh dunia  sejak tahun 2014 bersaing dengan HomeExchange, Knok dan Vayable
  1. Lengkapkan laman profil peribadi anda

Masa daftar akaun Couchsurfing, pastikan maklumat yang anda masukkan sahih dan menggambarkan perwatakan dan kesungguhan anda sebagai backpacker atau traveler untuk meyakinkan host tentang ketulenan akaun anda. Sebab, siapa yang nak terima tetamu yang tidak dikenali tanpa akaun yang lengkap ke rumah, dan bukan semua orang boleh letak kepercayaan sembarono!

 

  1. Berkenalan dengan bakal host

Oleh kerana, anda tak pernah pun jumpa bakal host, bertukarlah email dan nombor telefon untuk kenal antara satu sama lain. Masa inilah nak tanya pasal lokasi rumah, tempat menarik, pengangkutan awam, jadual harian Host dan lain-lain, sesuai tak dengan pilihan anda. Faktor lain seperti, gender, bujang atau berkahwin, haiwan peliharaan seperti anjing atau kucing, amat penting untuk keselesaan. Boleh juga Skype dengan host untuk komunikasi yang lebih meyakinkan dengan melihat wajah host anda, dan dia pun yakin untuk menerima anda. Bukan apa, zaman sekarang ni, banyak jenayah siber!

Sampai ja rumah host, terkejut ada anjing besar. Saya memang takut anjing, tapi terpaksa embrace. Photo by @isacscherbs

follow facebookpage kami TravelsiaMY untuk berita travel dalam dan luar negara

\
 

  1. Pilih akaun “verified” dan baca “review”!

Akaun yang “verified” atau disahkan oleh Syarikat Couchsurfing memperoleh kredibiliti yang lebih tinggi. Jadi, nombor telefon dan alamat rumah di akaun host tersebut disahkan betul dan tidak direka. Selain itu, rajinkan diri untuk membaca “reviews” atau ulasan di setiap akaun pengguna yang ditinggalkan oleh host atau couchsufer yang pernah berpengalaman bersama pengguna. Dari sini anda boleh tahu, kualiti perkhidmatan sama tak seperti yang digambarkan.

Contoh akaun verified couchsurfing bertanda hijau dan ulasan di bahagian “references“.

follow facebookpage kami TravelsiaMY untuk berita travel dalam dan luar negara

 

  1. Tahu lokasi rumah host

Sistem alamat di luar negara seperti di Eropah contohnya agak kompleks dengan bahasa dan struktur rumah berbeza berbanding hotel yang lebih diketahui orang ramai. Saya sarankan anda untuk membuat sedikit kajian di Google Map dan muat turun Offline Map termasuk stesen metro atau bas yang terdekat. Selain itu, sampai pada waktu siang supaya mudah untuk anda cari alamat dan hubungi host anda jika berlaku kesulitan. Ada juga host yang sanggup pick-up dari lapangan terbang jika berkelapangan.

Pemandangan dari rumah host di musim winter. Banyak rumah di Eropah dalam bentuk bertingkat dan tidak sama reka bentuk. Photo by @isaccherbs

 

Sofa panjang di sebelah kanan tempat saya tidur. Tak boleh expect tinggi-tinggi, nama pun “couchsurfing”. Photo by @isacscherbs

 

Selalunya, host akan bagi akses untuk menggunakan dapur. Inilah dapur yang saya guna, hanya sekali dua ja makan di luar. Photo by @isacscherbs

 

  1. Bawa buah tangan dan hormat masa dan harta host

Jangka masa biasa untuk menumpang di sesebuah rumah ialah 2-3 malam bergantung pada budi bicara host. Cara terbaik sebagai backpacker ialah dengan couchsurfing-hopping, bermakna tinggal lebih dari satu rumah di bandar sama atau berlainan. Sebelum anda sampai, bawalah buah tangan dari Malaysia untuk dihadiahkan kepada Host tanda terima kasih. Kalau tak sempat, anda boleh singgah di mana-mana kedai bunga segar atau mart di sana.  

Sebagai tetamu, memang tanggungjawab kita untuk menghormati masa host yang juga berkerja seperti orang lain. Sewaktu di Paris, saya tidak diberikan kunci rumah, jadi saya perlu keluar dan pulang ikut masa host. Harta benda seperti tilam, sofa, TV, tandas, dapur dan kunci perlu dijaga dengan rapi untuk elak ulasan yang buruk di akaun anda dan mungkin tindakan undang-undang!

Selepas saya dan host masak untuk makan malam, yang lain pun sudah bersedia untuk makan. Photo by @isacscherbs

 

Sarapan ketika berada di rumah host saya di Istanbul, semuanya berasaskan cheese. Tak perlu masak pun.

follow facebookpage kami TravelsiaMY untuk berita travel dalam dan luar negara

 

  1. Berinteraksi dengan Host, Jangan buat hal sendiri je!

Couchsurfing ni lain dari menginap di hotel, boleh keluar masuk sesuka hati. Tak bermakna anda tidak boleh keluar menikmati perjalanan solo atau dengan rakan, tapi interaksi dengan host perlu lebih kerap. Apa yang saya lakukan, bersembang dan kongsikan pengalaman travel semasa breakfast atau dinner, tolong masak dan hidangkan makanan, kemas rumah dan beli barang dapur. Ada host yang sanggup teman anda keluar dan jadi tour-guide. Dari sini, anda boleh banyak belajar tentang budaya masyarakat tempatan dan jelajah ke hidden gems seperti restoren dan pusat seni popular / murah yang tourist tak akan tahu.

Bersama dengan Host saya ketika berada di Cologne, Jerman – Photo by @isacscherbs
Bersama dengan rakan-rakan kepada host saya yang berketurunan Turki-Jerman sambil berbual dan makan.

 

  1. Sertai Event Couchsurfing !

Semak event terkini di couchsurfing antaranya perjumpaan atau meet-up hosts dan couchsurfers untuk bernetwork dengan kumpulan backpackers dari seluruh dunia. Pengalaman pertama saya agak mendebarkan di Frankfurt setelah seorang pengguna aktif inbox saya tentang perjumpaan tersebut. Mereka boleh tahu di mana anda, jika anda mengemaskini status perjalanan anda di seksyen “upcoming travel”. Perjumpaan tersebut agak awkward kerana banyak orang tempatan dan semuanya bertutur dalam Jerman, kecuali saya je dari Asia. Jadi perlu la pandai untuk blend in untuk berkawan dan berkongsi travelog masing-masing.

 

  1. Wajib ada Plan B

Kebarangkalian kes yang tidak diduga seperti host buat pembatalan di minit akhir, alamat dan akaun palsu, anda rasa kurang senang tinggal di rumah tersebut, silalah cari host lain dengan kadar segera. Kalau tak sempat, hanya buat tempahan hotel, apa pun, duit mesti cukup. Jika berlaku gangguan seksual atau lain-lain, buat laporan kepada pihak berkuasa, hubungi kedutaan dan cari tempat tinggal yang selamat dilengkapi sekuriti.

 

  1. Host di tempat sendiri

Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Dah jadi adat untuk membalas jasa dan budi host anda sewaktu di luar negeri. Anda boleh host ex-host anda dan backpackers lain di tempat sendiri. Untuk sesetengah host, berkenalan dengan warga asing dan kepuasan membawa pelancong ke tempat-tempat menarik dah jadi hobi mereka.

 

  1. Dapatkan dan tinggalkan ulasan yang memberansangkan

Selepas penginapan anda tamat, couchsurfing akan minta host dan couchsurfer untuk membuat ulasan dan rating tentang servis yang diberikan. Ulasan ini amat penting untuk tentukan kepercayaan host dan couchsurfer lain terhadap anda.

 

10 tips yang saya senaraikan di atas hanya mewakili pandangan dan pengalaman peribadi, banyak lagi tips lain boleh diguna pakai. Apa yang boleh saya simpulkan Couchsurfing menggalakkan pertukaran budaya dan pemahaman berkenaan sesebuah masyarakat, secara langsung dapat mematangkan pemikiran kita tentang dunia luar.

 

– Aizat Shamsuddin – Twitter: @isacscherbs

 

Baca Juga : Catatan Kembara Jerman

follow facebookpage kami TravelsiaMY untuk berita travel dalam dan luar negara

One thought on “10 Tips Guna Penginapan Percuma Couchsurfing!

Leave a Reply

Top